Fesyen & Trend Jam Tangan

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter8Share on Google+3Email this to someonePin on Pinterest0

Jam tangan bukan saja berfungsi sebagai alat penentu masa, malah kini menjadi aksesori pelengkap apabila menggabungkan fesyen dalam rekaannya. Trend memiliki lebih daripada satu jam tangan bukan lagi asing malah mampu digayakan seiring penampilan atau mengikut kesesuaian majlis. Rekaan dan trend jam tangan kini tambah menarik apabila turut diinspirasikan dari pereka-pereka terkemuka seluruh dunia. Jom kita lihat!

JAM TANGAN CHRONOGRAPH:

Gabungan klasik dan mewah menjadikan jam tangan chronograph menarik untuk  digayakan ke majlis kasual mahupun formal. Simbolik dengan rekaan tiga tombol di sisi, kini variasi rekaannya juga sesuai digayakan oleh wanita.

JAM TANGAN ANALOG:

Sometimes less is more! Tampil ringkas dan menawan dengan jam tangan analog. Dengan trend rekaan yang pelbagai, jam tangan analog sesuai digayakan untuk aktiviti seharian mahupun ke majlis tertentu. Gabungan fesyen di dalam rekaannya juga mampu menyerlahkan penampilan si pemakai.

JAM TANGAN DIGITAL:

Sesuai dengan namanya, jam tangan digital tampak moden dan santai untuk digayakan.Dengan sistem paparan waktu dalam angka digital, ia mempunyai penggemarnya tersendiri yang rata-ratanya golongan remaja dan dewasa. Sama ada aktiviti riadah atau kasual, jam tangan digital tampak ringkas dan muda .

JAM TANGAN SPORT:

Memiliki variasi rekaan bersesuaian dengan pelbagai acara sukan. Dengan ciri rekaan yang ringkas, praktikal dan tahan lasak, jam tangan ini sering menghasilkan kelainan dalam rekaannya bagi memenuhi kehendak pasaran. Padanan color energy juga mampu membangkitkan keyakinan sesiapa yang memakainya.

 

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter8Share on Google+3Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*