Kaftan; Antara Seksi & Sopan

Kaftan boleh jadi busana paling sopan dan mungkin yang paling seksi. Potongannya hampir sama, mainan fabrik, corak dan perincian yang jadi perbandingan. Hayat kaftan sebenarnya sudah berkurun lamanya. Kaftan dipercayai diperkenalkan di Istanbul dan awalnya dipakai lelaki. Perincian pada kaftan seperti penggunaan tali dan butang digunakan sebagai petunjuk untuk membezakan hierarki atau pangkat penggayanya. Pada waktu itu kaftan sering menjadi pakaian dan juga hadiah pabila berlangsungnya majlis keraian sama ada perkahwinan mahupun keagamaan. Sejak itu juga gaya kaftan popular dan ia mengalami transformasi pabila potongannya mula diterokai, perincian dan pemilihan fabriknya juga diberikan perhatian. Jika di awal kemunculannya kaftan tampil dalam kain kapas, kini ia datang dalam pelbagai jenis fabrik seperti sifon, sutera, satin dan sebagainya. Penggunaan dan perincian juga menjadi salah satu simbol kepada gaya sesuatu rekaan kaftan. Sebagai contoh gaya kaftan Afrika biasanya tampil dalam cetakan pelbagai corak, dan biasanya didominasi corak tribal Afrika. Tentang potongannya pula, lengan kaftan Afrika biasanya mencecah siku sahaja. Selain Afrika, Rusia dan Kaftan; Antara Seksi & Sopan Morocco juga mempunyai rekaan dan gaya kaftannya yang tersendiri. *sila rujuk majalah untuk selanjutnya.

Komen Anda

*