Mix n Match Handbag

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Women can never have enough of bags!

Tas tangan antara aksesori wajib pelengkap gaya wanita. Padanannya mampu memberi impak pada penampilan. Trend tas tangan di pasaran sentiasa memberi variasi berbeza mengikut kesesuaian aktiviti atau gaya yang ingin ditampilkan. EH! kali ini memberikan idea serta tips bagi padanan gaya anda bersama tas tangan. Ayuh!

Padanan Crossbody Bag :
Hands-free while on the go! Tampil ringkas dan bergaya dengan Crossbody bag. Dengan perincian tali  yang panjang, ia bukan sahaja mudah dipakai malah lebih selamat dipakai berbanding jenis tas tangan lain. Sesuai digayakan sewaktu majlis kasual, parti atau aktiviti membeli belah.
Padanan Tote Bag :
Tote atau diberi jolokan sebagai shopper bag sesuai diisi muatan yang banyak kerana saiznya lebih besar berbanding tas tangan lain. Pada awalnya direka bagi tujuan promosi jenama oleh pereka fesyen terkenal namun ia kini tampil dengan pelbagai rekaan mewah mahupun bersahaja untuk disesuaikan dalam apa jua aktiviti dan majlis.
Padanan Clutch :
Antara aksesori yang meningkat popular pada masa kini. Sama ada direka menggunakan material kulit atau fabrik, clutch mempunyai keunikan tersendiri untuk digayakan di majlis formal, kasual, temu janji mahupun sewaktu makan tengahari di pejabat.
Padanan Shoulder Bag:
Tas tangan wajib ada dalam gerobok wanita. Aksesori pilihan yang ringkas untuk digayakan setiap hari dan ke apa jua majlis.Trend aksesori ini menyaksikan rekaan simple hingga mewah malah digayakan oleh gadis remaja hingga wanita bekerjaya.

 

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*