5 Cara Membina Glamor dan Digilai

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Di sebut, dipandang… apakah padi atau si lalang? Jadilah manikam terbilang. Firasat jauhari jua yang akan terjelang!

1. Glamor Pekerti Peribadi Kuasa pekerti peribadi adalah senjata ampuh yang membuatkan nama anda diperkatakan ramai. Baik dan berbudi bahasa atau sebaliknya, ia menjadi rujukan serta petunjuk siapa diri anda. Kerap dihujani pujian atau kejian bakal melonjak glamor anda di mata masyarakat.

2. Kamu Yang Unik! Cantik atau tampan bukanlah kemestian untuk meraih glamor di mata masyarakat. Tidak semua individu cantik atau tampan menempah gelaran glamor manakala mereka yang terserlah keunikannya mungkin menjadi juara. Jadi, kepada teman pembaca yang mendambakan perhatian umum, anda tidak perlu merubah diri menjadi orang lain sebaliknya gilap keunikan diri agar ia disedari dan tentunya lebih bererti jika ia menjadi landasan anda menabur bakti.

3. Perkasakan Imej Cara mudah dan ringkas tetapi memerlukan modal. Langkah ini membawa kepada dua risiko; anda dikagumi atau anda dinobatkan sebagai mangsa fesyen! Jadi, pastikan anda mendapat rujukan bertauliah (tentunya EH!) sebelum membuat sebarang rombakan terutama sekali berkaitan dengan penataan gaya serta imej.

4. Disenangi Ramai Bersikap terbuka dan bijak menyesuaikan diri antara ramuan yang akan membawa anda kepada gelaran glamor. Inilah masanya anda memupuk hubungan dengan seramai mungkin taulan. Dan, tika inilah juga anda menyerlahkan keunikan dan nilai terpuji dalam usaha mencipta pesona peribadi. Tetapi awas, jangan tersilap langkah sehingga anda dinobatkan sebagai individu yang serba murah!

5. Intelek Komunikasi intelek tetapi dalam bersahaja antara faktor anda menjadi bualan ramai. Faktanya, siapa yang sanggup menolak kehadiran seseorang yang kaya ilmu dan penuh pengisian dalam bicaranya? Anda pasti gembira bila mana setiap rakan memberikan tumpuan khas kala anda menitip bicara apatah lagi cara berkomunikasi anda dianggap serba istimewa?

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*