Berita Santai

 

 

 

SELERA KOPI DI AUSTIN CHASE

Bagi penggemar kopi usah lepaskan peluang menikmati kopi di Austin Chase, The Gardens, Kuala Lumpur. Di sini anda bisa menikmati aneka pilihan kopi yang bukan sahaja lazat namun berkualiti. Ruang dekorasinya selesa, ditambah pula dengan penataan cahaya yang suram, menjadikan sesi santaian

 

 

 

 

 

 

 

KELAZATAN COMIDA

Mula dibuka penghujung Oktober tahun lalu, Comida menjadi satu lagi tarikan buat pengunjung Solaris Dutamas. Keselesaan ruang Comida menjadikan para pengunjung berasa selesa menikmati hidangan di sini yang didominasi hidangan Barat seperti masakan Itali, Sepanyol dan Mexico. Nikmati keenakan sup labu, chocolate mousse dan variasi hidangan utama, yang pasti ia berbaloi.

 

 

 

 

 

 

 

RESTORAN PILIHAN SELEBRITI SHILA OIAM

“Saya gemar hidangan pedas khususnya masakan Thai. Restoran Evening Bangkok di One Utama sering menjadi pilihan dek kerana tom yam dan kari hijaunya yang menyelerakan.”

 

 

 

 

 

 

 

MINYAK KELAPA DARA

Medium- chain triglycerides yang terkandung di dalam minyak kelapa dara dipercayai dapat menguatkan sistem imunisasi tubuh. Ia meningkatkan daya tahan tubuh menentang virus dan jangkitan bakteria khususnya selesema. Minyak Kelapa Dara Orifera mengandungi anti-oksidan yang baik untuk menentang barah payu dara dan usus besar. Ia juga baik untuk meningkatkan metabolisme tubuh.

Komen Anda

*