Ciuman Itu 'Nakhoda'

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+4Email this to someonePin on Pinterest0

Ada yang kata ciuman itu pembuka selera, ada juga yang berpendapat ciuman itu adalah nakhoda yang akan memandu anda dan pasangan tiba ke destinasinya. Ciuman bukan sahaja pintu kepada hubungan seks, peranannya lebih besar. Ciuman boleh dianggap sebagai salah satu simbol kasih, medium menunjukkan cinta dan sayang serta sejauh mana keserasian pasangan. Ia juga adakalanya menjadi penanda aras kepada keterujaan atau kehambaran perasaan suami pada isteri dan sebaliknya. KEDUDUKAN WAJAH Kedudukan wajah juga memainkan peranan. Kedudukan wajah (atau kepala) yang ideal adalah sedikit condong, kerana anda tidak mahu hidung anda berlaga antara satu sama lain. WANGIAN Jika bercadang ingin menyembur haruman pastikan baunya tidak terlalu kuat. Biasanya lelaki atau wanita gemar menyembur wangian pada pergelangan tangan dan belakang telinga. Dan sememangnya leher dan pergelangan tangan antara dua anggota yang bersangkut-paut dengan aksi ciuman selain bibir. Jadi elakkan haruman yang kuat, bimbang pasangan anda tidak selesa. BELAIAN Tentukan anda membelai pasangan sebelum dan sewaktu memberikan ciuman. Biarpun anda berasa teruja, tentukan anda tidak menyakiti pasangan, khususnya lelaki. Sentuh bahagian leher pasangan dengan lembut bukannya dengan mencengkam. Manakala bagi wanita yang berkuku panjang tentukan anda tidak tercakar kulit pasangan sewaktu membelai mereka. Anda tentunya tidak mahu berlakunya peristiwa berdarah. *sila rujuk majalah untuk selanjutnya.

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+4Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*