Keyakinan Kunci Kejayaan

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Keyakinan asas kejayaan ia pembuka langkah pertapa. Upp, tetapi jangan pula over confident! Jika diutarakan soalan kepada orang yang berjaya mengenai rahsia kejayaan mereka, tentu keyakinan diri menjadi salah satu resipi kecemerlangan. Bagi mereka, keyakinan diri memungkinkan segala-galanya. Tanpa keyakinan kita menjadi takut, malu dan ragu-ragu untuk memulakan langkah. Ayuh, kita bina keyakinan diri supaya kejayaan menjadi milik kita nanti. BINA IMEJ Imej dan personaliti adalah perkara asas untuk membangkitkan keyakinan diri. Hidup dalam budaya visual yang mana kebanyakan orang menilai melalui apa yang dilihat di depan mata, memaksa kita perlu tampil cantik dan kemas senantiasa. Tetapi pabila bercakap soal penampilan, jangan sempitkan minda bahawa anda perlu berbelanja mahal dengan pakaian berjenama dan mewah. Yang penting ialah anda perlu tahu apa yang sesuai dengan diri. Dapatkan potongan rambut sesuai raut wajah, bersolek ringkas untuk mengelakkan wajah pucat dan lengkapkan penampilan dengan senyuman penuh yakin. Nah, anda bersedia untuk langkah pertama. POSITIF Fikiran dan tingkah laku anda mesti positif. Setiap patah kata yang keluar daripada mulut biarlah positif. Cara anda menyampaikan idea, pandangan mahupun kritikan mestilah dengan cara positif. Berfikiran positif itu penting, namun merealisasikan apa yang anda fikirkan itu lebih penting. Kata orang, ‘action speak louder than words’. Maka terjemahkan fikiran positif anda melalui perbuatan. *sila rujuk majalah untuk selanjutnya.

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*