Minimumkan Elemen Negatif

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Prestasi pekerja mungkin boleh merudum andai suasana pejabat dipenuhi dengan elemen negatif. Ketahui punca dan cara mengembalikan 'rentak' positif di pejabat

 

 

 

Pabila ruang pejabat ‘dipenuhi’ dengan elemen negatif ia pasti mengganggu gugat prestasi pekerja. Rasa malas, kurang minat, tiada motivasi dan hilang fokus antara kesan kepada elemen negatif yang tercetus di pejabat (sama ada majikan, pihak pengurusan atau ketua). Usah biarkan elemen negatif ini meresap ke dalam jiwa pekerja anda, sekat dan halang agar suasana positif dapat dibangkitkan.

 

 

 

Peluang

Buka peluang kepada semua pekerja untuk memberi pendapat dan pandangan sebelum sebarang keputusan dibuat. Kebanyakan yang berlaku hari ini, pihak pengurusan kerja 138 JAN 2011 sering membuat keputusan tanpa meminta pandangan pekerja dengan andaian bahawa orang lain juga sependapat dengan mereka. Setiap pekerja seharusnya diberikan hak menyuarakan pendapat kerana cara mereka melihat sesuatu perkara mungkin berbeza dengan pihak atasan. Pabila semua orang diberi peluang sama rata maka setiap orang akan berasa bahawa pandangan mereka juga dinilai dengan adil.

Peka

Pihak pengurusan atau majikan semestinya peka dengan keperluan para pekerja. Bukan sekadar berkisar soal gaji, kebajikan pekerja juga harus dirombak dan dipertingkatkan dari setahun ke setahun.Kos sara hidup yang meningkat banyak merubah gaya hidup khususnya dari segi perbelanjaan. Walaupun majikan tidak mampu menaikkan gaji dalam jumlah yang banyak, tentu ada cara untuk pekerja menikmati faedah lain seperti faedah perubatan yang lebih tinggi.

Kepimpinan

Corak dan gaya kepimpinan serta bimbingan ketua juga menjadi penyumbang kepada nuansa bekerja. Negatif atau positif terletak di tangan ketua. Mereka antara orang yang bertanggungjawab memberi warna pada persekitaran pejabat. Cara ketua melayan, mendidik dan menilai prestasi anak buah sering menjadi perhatian pekerja mereka sendiri. Sikap ketua yang berat sebelah atau mementingkan diri ada kalanya mengundang cakap belakang, lantas menghidupkan elemen negatif di pejabat.

Layanan Sama Rata

Layanan kepada semua pekerja mesti sama rata. Bukan sahaja pihak pengurusan tidak patut membezakan pangkat, namun soal senioriti juga tidak harus menjadi ukuran pabila memberi layanan. Banyak terjadi di mana para pekerja baru sering dipandang remeh, dan pabila mereka memberikan pandangan, ramai pandang hanya sebelah mata. Alasannya, orang baru tidak tahu apa-apa. Jika ini yang berlaku, memang sukar tenaga positif berapungan di pejabat anda.

Usah Terburu-buru Bentuk Undang-undang

Yang sering berlaku ialah pabila seorang dua pekerja melakukan kesilapan, sepantas kilat majikan mengeluarkan undang-undang baru. Majikan seharusnya sedar mereka bekerja dengan orang dewasa. Pabila terlalu banyak pantang larang menyebabkan pekerja berasa diri terkongkong, dilayan bagaikan kanak-kanak dan seolah-olah mereka tidak punya daya fi kir yang matang.

Ganjaran

Majikan seharusnya bersifat pemurah. Sesekali apa salahnya memberikan ganjaran kepada pekerja yang menunjukkan potensi cemerlang. Ganjaran yang dimaksudkan tidak hanya merujuk kepada gaji semata. Ganjaran atau anugerah boleh dijadikan pendorong kepada pekerja untuk meningkatkan prestasi. Tidak keterlaluan andai dikatakan ganjaran menjadi ‘umpan’ paling mudah untuk meningkatkan prestasi pekerja.

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*