Obses dengan potongan badan?

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Jika anda salah seorang mangsa yang terlalu obses dengan potongan badan, mungkin tiga gadis ini mampu memberikan mesej bahawa anda sebenarnya sudah cukup sempurna! EH! membawakan tiga gadis iaitu Fazurita yang bertubuh kurus, Farhana dengan bentuk badan yang curvy dan Mizan yang bertubuh gempal. Mahu tahu pandangan dan pengalaman mereka mengikut saiz tubuh badan masing-masing? Ikuti temubual ini.

Fazurita

Fazurita, 27

Adakah sukar bagi Teed kerana memiliki badan yang kurus?

Tidak. Berbadan kurus bukan menjadi masalah sekiranya kita selesa dan berkeyakinan.

Apakah masalah dan cabaran yang sering dihadapi Teed akibat berbadan kurus?

Berbadan kurus di negara ini tidak begitu memberi cabaran, Cuma apabila ingin mengenakan pakaian yang berjenama dari negara luar,selalunya saiz tidak bersesuaian.

 

Apakah kenangan paling pahit bagi Teed hanya disebabkan saiz badan anda?

Setakat ini tiada kenangan pahit malah ada juga kawan-kawan yang memuji kerana mengidamkan bentuk badan yang kurus.

 

Pernahkah Teed diejek kerana berbadan kurus?

Pernah, Ketika masih di sekolah rendah pada tahun 4 berat badan saya cuma 19 kg. Oleh kerana terlalu kurus saya sering diejek rakan sekelas terutama pelajar lelaki. Tetapi saya mengambil perkara itu secara positif dan menjadikan ia sebagai perkara lawak untuk kawan-kawan yang menyenangi diri saya.

 

Apakah rutin harian dan corak pemakanan Teed? Adakah Teed berpuas hati dengan rutin harian kini atau anda berazam untuk memperbaikinya lagi.

Bentuk badan saya bukan disebabkan diet yang keterlaluan atau senaman yang berterusan, ini adalah disebabkan baka atau keturunan. Tetapi, mengikut pemerhatian, saudara mara saya yang berbadan kurus akan mendapat bentuk badan yang ideal apabila semakin meningkat dewasa. Saya menyedari perkara ini apabila saya sekarang sudah bertambah berat badan. Saya berpuas hati dengan bentuk badan saya miliki hari ini.

 

Untuk menutupi bahagian badan yang kelihatan kurus, apakah pakaian yang sering digayakan?

Selalunya saya akan menggayakan pakaian  berona cerah seperti putih, merah jambu dan rona-rona pastel yang lain. Sebolehnya saya mengelak daripada rona gelap dan fabrik jenis stretchable.

 

 Apakah nasihat Teed untuk mereka yang berbadan seperti anda?

Tidak perlu malu atau berasa inferior apabila memiliki bentuk badan yang kurus, sebaliknya kita harus bersyukur dan berbangga kerana ramai yang mengidamkan bentuk badan yang kurus. Terimalah apa juga jenis bentuk badan dan langkahlah dengan penuh berkeyakinan.

 

Farhana

Memiliki bentuk badan yang curvy, adakah Farhana berpuas hati dengan potongan badan sekarang atau berasa malu?

I’m one of those early bloomers. Semasa saya berumur 15 tahun, saya membesar dengan tubuh badan yang curvy. Saya akui, saya berasa malu dengan bentuk badan ini lebih-lebih lagi ketika orang ramai memerhatikan bahagian punggung saya. Namun, kini saya bersyukur dengan potongan badan ini kerana saya berasa lebih yakin dan womanly.

 

Apakah kesukaran yang sering dihadapi Farhana akibat memiliki jenis badan seperti ini?

Sememangnya amat sukar bagi saya mencari seluar jean dengan saiz yang sempurna. Percaya atau tidak, saya hanya mempunyai sehelai seluar jean sahaja! Apatah lagi seluar jenis skinny jeans yang menjadi trend terkini, memang jauh sekali saya mampu memakainya. Jadi, saya hanya memakai seluar yang loose atau slack. Untuk memudahkan lagi gaya yang selesa, saya memakai dress ke mana sahaja.

 

Farhana, 24

Adakah Farhana seorang yang disiplin dalam amalan pemakanan yang seimbang?

Saya mempunyai tabiat yang agak buruk iaitu gemar mengambil makanan manis. Menyedari berat badan saya mudah bertambah, saya kurangkan pengambilannya sebaliknya menambahkan lagi sayur-sayuran atau bijirin seperti oats.

 

Pernahkah Farhana menerima gelaran dan diejek?

Of course! Adik-beradik saya sendiri memanggil saya ‘gemuk’. Tidak kurang juga rakan-rakan saya yang memanggil saya dengan gelaran ‘Jennifer Lopez’ disebabkan saiz punggung yang saya miliki!

 

Pernahkah Farhana mengimpikan badan yang kurus hingga mengambil diet secara drastik dan merbahaya?

Pernah iaitu dengan berhenti makan malam.

 

Adakah Farhana seronok dan berpuas hati dengan tindakan itu?

Haha! Azam saya untuk berhenti makan malam ternyata gagal sama sekali. Namun saya berpuas hati kerana saya mula sedar, mendapatkan tubuh badan yang kurus tidak mungkin berjaya tanpa senaman.

 

Apakah tips terbaik yang boleh dikongsi bersama gadis lain yang mempunyai potongan badan seperti anda?

Enjoy your curves because most girls would kill to have your body! Mungkin sukar untuk kita menjadi kurus, jadi pilihlah gaya hidup yang sihat. Jika anda penggemar makanan manis seperti saya, gantikan dengan buah-buahan, oats dan yogurt. Sekalipun anda benar-benar teringin memakan kek, makan sebiji buah sebelum menikmati kek itu supaya anda tidak akan berasa lapar mahupun menghabiskan keseluruhan kek!

 

Mizan

Mizan, 27

Adakah Mizan berasa selesa dengan bentuk badan kini atau sebaliknya?

Ya, tentunya saya berasa selesa. Walaupun saya bertubuh gempal tetapi ini tidak bermakna saya tidak mampu melakukan aktiviti seperti gadis lain.

 

Pernahkah Mizan mengamalkan diet sehingga membahayakan kesihatan?

Pernah iaitu dengan mengambil pil diet. Ketika itu, saya masih menyambung pengajian di universiti dan beberapa rakan berkongsi amalan itu dengan saya. Saya pun mencubanya.

 

Adakah Mizan berpuas hati dengan amalan diet itu walaupun menyedari kesan buruknya?

Tidak! Selepas saya mengambil pil itu, badan saya mula menggigil kira-kira seminggu selepas itu. Saya juga tidak boleh fokus dalam kelas kerana sering ke tandas dan tidak selera untuk makan. Menyedari tubuh badan seorang pelajar memerlukan tenaga secukupnya, saya berhenti mengambil pil itu.

 

Apakah kenangan paling pahit hanya disebabkan bentuk badan Mizan?

Ejekan. Itu perkara yang sering saya hadapi tetapi saya tidak langsung mempedulikannya kerana saya tahu bahawa setiap insan memiliki keistimewaan tersendiri. Begitu juga saya. I hate stereotyping.

 

Apakah jenis gaya yang paling dirasakan selesa bagi Mizan selain memastikan bentuk badan tidak kelihatan keterlaluan untuk berfesyen?

Saya selesa dengan memakai kemeja T atau blaus dipadankan dengan seluar jeans. Sebenarnya, sudah banyak outlet yang menawarkan pakaian plus size. Selain itu, saya sering juga membeli-belah secara online kerana mudah mendapatkan saiz yang saya inginkan.

 

Bagaimana Mizan mendefinisikan gaya hidup kini? Adakah Mizan aktif atau tidak aktif?

Walaupun saya kelihatan gempal tetapi itu tidak bermaknya saya seorang yang pemalas, lembap dan kuat makan. Sejak sekolah hingga ke universiti, saya aktif bermain bola jaring hingga menjadi wakil ke peringkat seterusnya. I love outdoor activities too.

 

Apakah nasihat yang boleh diberikan kepada wanita lain yang memiliki saiz tubuh badan seperti Mizan?

Jangan sesekali berasa malu sebaliknya bersyukur kerana dikurniakan tubuh yang sempurna. Tetapi gaya hidup sihat seperti pengambilan makanan kurang lemak dan senaman adalah penting agar diri tidak mudah mendapat penyakit. Selain itu, pilih pergaulan bersama rakan yang berfikiran positif untuk mengelakkan rasa rendah diri!

 

Klip video

**Saksikan klip video acara pelancaran gincu Dior Addict bersama EH! yang menampilkan empat artis terkenal tanah air, yang diadakan baru-baru ini!

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*