Padah gila fesyen, buta cita rasa

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Bergaya biarlah kena tempatnya, berbaloi  harganya dan menang memakainya. Jangan jadi mangsa nafsu liar berbelanja. Kelak yang rugi  adalah kita! Siapa yang tidak mahu dilihat bergaya? Pendapat saya, gaya itu adalah sakti! Bila bergaya, (dengan bijak) lebih-lebih lagi dengan tepat dan sempurna, tahap keyakinan diri pun melonjak sama. Tetapi, tidak mudah untuk kita pantas celik bijak bergaya. Kalau semua tajam cita rasanya, maka tiadalah antara kita yang menyandang gelaran mangsa fesyen? "Fesyen bukan jenama semata-mata meski saling berkaitan tetapi, masih ada jurang dan sempadannya. Melaram ajnas fesyen berjenama itu menyerlahkan prestij peribadi tetapi tidak semua fesyen jenama mewah serasi dengan badan sendiri," kata Nadia (nama samaran) laksana berhujah. “Ya, aku setuju dengan apa yang kau katakan. Sebagai contoh paling dekat, kau tengok saja si Rubi (nama samaran). Dari pin rambut hinggalah ke kasut, semuanya berjenama mewah. Tapi, aku nampak dia macam pakai barang lelong tepi jalan saja. Berbeza dengan Elly, (nama samaran) melaram pakaian dari toko-toko Sungei Wang tetapi nampak cantik sempurna. Malah, ada masanya nampak sangat eksklusif dan menonjol berbanding Rubi,” sampuk Alia (nama samaran) sambil membelek-belek tas tangan Marc By Marc Jacobs yang selamat menjadi miliknya. “Hei, lama tau aku berangan… aku idamkan dan akhirnya aku dapat juga apa yang aku mahu.” sambung Alia pabila Nadia mula menjelingnya. *sila rujuk majalah untuk selanjutnya

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*