Pembunuh Selera Seks

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Ada yang menjadikan hubungan seks sebagai penawar stres, tetapi bagaimana pula jika stres menjadi punca 'pembunuh' selera seks? Hubungan seks yang berkualiti tidak hanya berkisar tentang mood atau situasi persekitaran. Setiap kali hubungan intim dijalankan, ia melibatkan komunikasi dua hala. Yang pasti elakkan melakukan hubungan seks dalam keadaan terpaksa kerana ia bakal menjejaskan hubungan antara anda dan suami. Sebagai wanita ada banyak faktor yang menyumbang kepada masalah penurunan selera seks. Masalah-masalah ini sebahagiannya sukar dikawal dan memerlukan perhatian (rawatan perubatan) untuk memulihkannya. Kenali faktor-faktor mengapa keinginan seks anda menurun. MASALAH PERHUBUNGAN Aktiviti seksual menjadi hambar atau mungkin tidak berlaku jikalau wanita menghadapi masalah perhubungan dengan suami. Masalah komunikasi, salah faham, kecurangan mahupun kewangan akan membantutkan selera seks seseorang wanita. GANGGUAN EMOSI Tekanan, rasa bimbang, sedih atau kemurungan bisa menganggu-gugat keharmonian hubungan seks suami isteri. Wanita yang tidak bijak mengawal emosi dan membiarkan masalah menguasai perasaannya pasti mengalami kesukaran memiliki hubungan seks yang berkualiti. PASANGAN KAKU Sikap pasangan (suami) yang sering beraksi kaku, mementingkan diri mahupun tidak bijak ‘menekan’ suis untuk membangkitkan selera isteri melakukan hubungan intim juga menjadi punca masalah ini. Pabila berlaku perkara-perkara seperti ini, sesetengah wanita berasa kecewa dan minat pada seks terus hilang. Hubungan seks sepatutnya sesuatu yang menyeronokkan kedua-dua belah pihak, bukan kepada suami sahaja. *sila rujuk majalah untuk selanjutnya.

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*