Percutian Sensual Di Melaka

Rumah Kabin serba mewah milik Philea Resort & SPA Megah menanti kunjungan anda di Badaraya Terpelihara Dunia.

Melaka, biasan Peradaban Perdagangan Dunia kini gigih menggilap pesona, menghidupkan kembali legendanya sebagai tumpuan antarabangsa.

Binaan rumah kabin cukup sinonim dengan negara Barat dan Eropah. Senario kawasan hutan dengan taburan pepohon pine dan tepian tasik antara elemen yang melengkapkan percutian ala Barat. Lakaran ini mungkin hanya ilusi buat kita yang kurang berkemampuan untuk menghayati percutian di negara Barat tetapi pengalaman itu kini boleh anda rasai jika berdarmawisata di Philea Resort & Spa, Ayer Keroh, Melaka.

Terletak di susur kiri, lebih kurang 300 meter melewati tol Ayer Keroh, tersergam indah binaan batu petanda menyapa pengunjung yang memandu menghala ke arah Selatan. Perjalanan dari ibu negara mengambil masa kira-kira dua jam, singkat dan ringkas. Justeru, Philea Resort & Spa tentunya destinasi percutian yang mudah dan berbaloi.

Komen Anda

*