Serat; Jangan Ambil Mudah!

Ramai yang pernah mendengar tentang serat, tetapi berapa ramai yang tahu sumbangan serat pada tubuh? Berapa pula jumlah serat yang diperlukan? Jenis Serat Serat terbahagi kepada dua jenis iaitu boleh larut dan tidak boleh larut (soluble dan insoluble). Serat boleh larut membantu tubuh dari diserang cirit-birit atau sembelit. Ia juga membantu proses menurunkan berat badan kerana ia melambatkan proses makanan turun ke perut lantas menyebabkan anda berasa kenyang dalam jangka masa yang lebih lama. Sumber Serat Serat antara nutrien yang mudah didapati. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber utama serat. Antara buah-buahan yang terkandung fi ber ialah epal, limau, pear dan pisang. Lobak, prun, beri dan kekacang adalah sumber serat yang boleh didapati daripada sayur-sayuran. Serat juga boleh diperoleh daripada gandum, bijirin, oat, bertih jagung dan roti. *sila rujuk majalah untuk selanjutnya.

Komen Anda

*