Usai Hubungan Intim

Kemersaan selepas anda dan suami menjalin hubungan intim tidak sepatutnya terhenti hanya setelah anda berdua mencapai klimaks. Kemesraan sepatutnya berterusan agar hubungan ' Kasih sayang' bukanlah ditunjukkan melalui hubungan seks semata-mata.

 

 

 

 

 

Menurut kajian perubatan, hormon yang tercetus selepas mencapai klimaks mempunyai efek berbeza antara lelaki dan perempuan. Lelaki biasanya berasa letih dan inginkan rehat, manakala wanita lebih segar dan aktif. Jadi anda (lelaki atau perempuan) perlu lakukan sesuatu supaya kemesraan berterusan walaupun hubungan seks sudah selesai.

Belaian, pelukan dan komunikasi selepas tamat hubungan seks menjadi medium untuk merapatkan lagi hubungan suami isteri. EH! kongsikan apa yang boleh anda lakukan usai hubungan intim berlaku.

 

 

 

 

BERIKAN PUJIAN

Untuk membangkitkan mood lelaki agar terus segar dan tidak melelapkan mata, apa kata anda berikan pujian kepada suami. Katakan bahawa anda gembira dengan hubungan kali ini. Apa yang suami anda lakukan sewaktu hubungan seks tadi cukup menyeronokkan. Dengan cara ini lelaki rasa dihargai dan seronok untuk berbual-bual dengan anda. Bukankah komunikasi suami isteri itu penting demi hubungan yang harmoni?

BERSIHKAN DIRI

Demi keselesaan, apa kata anda membersihkan diri terlebih dahulu selepas hubungan intim, lebih-lebih lagi jika anda berpeluh-peluh sewaktu hubungan seks berlaku. Segarkan diri yang kepenatan agar anda berasa lebih tenang untuk bersama pasangan.

URUTAN

Selesai hubungan seks, apa kata anda berikan urutan pada pasangan. Urutan ringan sudah memadai sebagai tanda penghargaan. Tidak kira suami atau isteri, masing-masing boleh memberikan urutan ini. Lebih indah jika urutan yang diberikan menggunakan minyak aroma terapi. Anda dan pasangan pasti berasa lebih segar.

BERPELUKAN

Usah jadi seperti orang asing, seorang menghadap ke Timur seorang lagi ke Barat. Usah membawa haluan sendiri usai hubungan seks. Anda digalakkan terus berpelukan supaya kemesraan berpanjangan. Tidakkah berasa pelik jika anda berdua berlagak bagaikan orang yang tidak dikenali selepas segala-galanya selesai?

BELAIAN

Wanita atau lelaki memang suka dibelai. Mereka rasa dihargai dan disayangi pabila dibelai. Jadi jangan berat tulang untuk membelai pasangan. Membelai rambut atau memicit-micit hidung pasangan sudah memadai. Usikan manja cukup membuatkan anda dan pasangan tersenyum atau tertawa.

NIKMATI MINUMAN

Apa kata anda buatkan pasangan minuman panas. Susu panas misalnya untuk mengembalikan tenaga. Seeloknya elak minum kopi kerana bimbang anda berdua tidak boleh melelapkan mata. Menikmati minuman panas di atas katil sambil berpegangan tangan tentunya saat paling romantis buat anda berdua.

Komen Anda

*