Gadis Korea Pilihan Jehan Miskin

Gambar: Instagram Jehan Miskin

Seorang lagi artis kita bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini. Jehan Miskin dikhabarkan bakal berkahwin pada tahun ini dengan seorang gadis Korea. Pelakon berbadan sasa ini yang pernah bercinta dengan Jue Aziz ini memberitahu BiPop Berita Harian yang dia akan berkongsi dengan lebih lanjut mengenai perkahwinannya setelah segala perbincangan selesai.

 

 

Perkahwinan tersebut dikatakan bakal diadakan secara tertutup. Jadi selepas berkahwin adakah Jehan bakal berpindah ke Korea? Kami berharap segala perbincangan dan perancangan perkahwinannya berjalan dengan lancar.

Komen Anda

*