Selebriti Sertai Kempen Keep A Child Alive

Meskipun mereka hidup dilambung popular dan glamor, bintang Hollywood seperti Katie Holmes dan Kim Kardashian turut serta membantu menjayakan kempen yang diterajui Alicia Keys,‘ Keep a Child Alive’ dengan inisiatif meningkatkan kutipan wang bagi membantu kanak-kanak mangsa Aids dan HIV di Afrika dan India.

Antara selebriti lain yang turut menghulur bantuan ialah Usher dan Serena Williams yang menawarkan diri menjadi model bagi kempen dengan bercelana denim dan kemeja-T dengan cetakan kod bar harga secara percuma! Beginilah sepatutnya menjadi selebriti glamor. Glamor diberikan kepada selebriti oleh masyarakat dan dikembalikan kepada masyarakat menerusi khidmat masyarakat dan sosial selebriti. Tidak seperti sikap segelintir selebriti kita yang ‘ghaib’ bila ditawarkan membantu kerja-kerja amal. Tetapi, tidak adil jika menuding jari seratus-peratus kepada golongan selebriti. Pihak penganjur juga harus diberikan peringatan. Jangan kerap mengambil kesempatan atas alasan kerja amal. Iyalah, selebriti menyanyi atau berlakon untuk sara diri. Kalau sudah semuanya dilakukan beralasankan kerja amal, apa lagilah punca pendapatan mereka? Bagi anda yang ingin tahu lebih lanjut tentang gandingan antara kerja amal, bintang ternama dan fesyen yang kian menjadi bualan hangat ini, sila lawati laman sesawang buylife.org yang hangat

Komen Anda

*