KEMBARA MUZIK INNUENDO

Lama tidak mendengar berita akan kugiran pop R&B tempatan ini namun aura mereka masih lagi melekat di hati peminat mereka. Dengan usaha yang dilakukan Warner Music, kompilasi dua cakera ini hadir cukup buat anda mengimbas kembali memori sepanjang zaman kegemilangan Innuendo. Apa yang lebih menarik album ini turut menitipkan catatan manis produser di sebalik karya hebat mereka, Ahmad Izham Omar yang menceritakan kembali momen indah sepanjang bersama Innuendo dan bagaimana kumpulan ini mula ditubuhkan. Halakan saja halwa pendengaran ada kepada trak Belaian Jiwa, Gemawan, Akhirnya, Nanti, Only Dancin’ dan lain-lain yang nyata memberi kepuasan muzik yang sebenar.

 

RAHSIA GAYA DIANDRA ARJUNAIDI >>

Komen Anda

*