Oleh: Farhana Fuad
Konsert EH! pada malam 8 November lalu berlangsung dengan gilang gemilangnya dengan persembahan artis-artis hebat tanah air serta keramaian penonton-penonton yang hadir memberi sokongan hebat serta memeriahkan lagi malam konsert EH!.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan Konsert EH! meraikan ulang tahun ke-15 dibawakan khas oleh The Body Shop Malaysia dan disokong oleh HLive, Glam Gempak, SuriaFM dan F&N.
Tidak lupa penghargaan juga kepada barisan artis yang membuat persembahan, hos, selebriti & jemputan yang sudi hadir dalam memeriahkan lagi Konsert EH!
Juga jutaan terima kasih kepada semua pembaca EH! yang memenuhi segenap ruang KL Live malam lalu. Sokongan anda amat kami hargai serta kekal menyokong kami agar kami boleh menyediakan anda dengan lebih banyak informasi media massa yang sentiasa berguna dan aktiviti-aktiviti yang hebat pada masa akan datang.