Rani Ramadhany Sempurna di Mata Lelaki

Kami dapat saksikan ramai yang mula berkongsi video Rani Ramadhany bermain dram di laman-laman sosial seperti Twitter dan Facebook. Wah, nampaknya ramai lelaki yang menyukai perempuan yang tahu bermain alat muzik. Ada yang mula mengatakan bahawa Rani Ramadhany merupakan pemain dram yang paling cantik. Amboi, betulkah dakwaan itu? Jom, kita saksikan aksi Rani bersama dramnya.

 

 

Untuk anda, kami ada 5 perkara menarik mengenai Rani Ramadhany:

 

1. Dia bekas kekasih kepada Randy Pangalila yang berlakon bersama Elfira Loy di dalam drama bersiri Dalam Hati Ada Cinta.

 

2. Seorang model dan terlibat di dalam iklan aiskrim Cornetto.

 

3. Boleh bermain boling dengan baik dan selalu memenangi pertandingan boling terkemuka di Indonesia.

 

4. Bukan sahaja boleh bermain dram, Rani juga boleh bermain gitar dan pandai menari.

 

5. Merupakan pelajar London School of Public Relations di Jakarta.

Anda mesti sudah tahu berkenaan tarian Harlem Shake yang sedang popular menerusi youtube kan? Rani turut merakamkan tarian Harlem Shake versinya sendiri! Mari kita saksikan.

 

 

Komen Anda

*