Cantik, Pelik & Menarik

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+1Email this to someonePin on Pinterest0

Hingar-bingar di belakang pentas kini terdampar di lampiran  kertas. Tidak kira apa jua pandangan dan lontaran, ia malar disoroti. Bibir Salutan TembagaBibir menjadi antara watak atau tunjang utama dalam penyiapan naskhah wajah musim ini. Tekstur bibir yang berkilau dan kelihatan seperti ‘terkena minyak selepas makan’. Ilham ini digunakan sebaik mungkin oleh jurusolek Estee Lauder, Tom Pecheux untuk koleksi adi busana Derek Lam. “Ketika Derek menunjukkan fabrik earthy yang menjadi inspirasi koleksinya musim ini, saya memikirkan mekap yang perlu melengkapinya,” katanya. Dan warna tembaga untuk bibir antara yang jelas menggambarkannya. Bibir Salutan JinggaJingga jua antara warna terhangat dan berjangka hayat panjang saban musim. Ia memberikan simbahan gaya yang sangat berani dan terang. Malah mudah mencuri tumpuan terhadap si penggayanya. Jingga muda atau jingga manis memberikan ilusi wajah lebih cerah dan berseri. Apabila mahu memakai jingga di bibir, pastikan pemerah pipi berona lebih lembut dan semula jadi seperti merah jambu keperangan atau tidak perlu langsung. Cukup sekadar layangan bronzer di sudut rahang. Oh, bronzer dan jingga di bibir padanan ideal. *sila rujuk majalah untuk selanjutnya.

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+1Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*