Godaan Haruman

Musim luruh yang tiba sekadar diraikan dengan himpunan koleksi mekap dan warna hangat. Lebih menerujakan jika ditemani selayang haruman yang menggoda seperti melawan dinginnya musim ini. Pilihan wangian terbaru ini tidak hanya benar-benar ‘wangi’ malah memiliki reka bentuk botol nan eksklusif.

Folavril, Annick Goutal dalam bancuhan wangian buah-buahan, bunga-bungaan dan eksotik. Ia gabungan komposisi dari daun tomato, bunga eksotik, mangga, melur dan boronia. RM369 (50ml EDT) Spring Flower, Creed lambang haruman wanita sejati. Menerbitkan wangian segar buah dan sensual bunga serta kejituan aroma kesturi. Rencah sempurna untuk kekal yakin selamanya. RM599 (75ml EDP)
Sheer, Bebe didakap nota harum teratas iaitu koktel, epal dan bunga hijau, di tengahnya dengan peoni, mawar, melur freesia dan diakhiri oleh nota sandalwood, kesturi dan ambar. RM187 (EDP 50ml) Miss Dior Cherie, Christian Dior haruman buat si gadis riang dan menggiurkan. Manis dan genit. Ia mencernakan satu aroma manis dan lembut yang menceriakan hari-hari si pemakainya. RM228 (50ml), RM332 (100 ml)

*sila rujuk majalah untuk selanjutnya.

Komen Anda

*