Sihat & Cantik Bersama Shiseido

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Siapa yang tidak mahu tampak sentiasa muda? EH! menyertai pengalaman bersama Shiseido Benefiance untuk mengungkap rahsia muda.

Antara topik cantik yang tidak pernah lekang daripada bibir wanita tentunya perihal awet muda. Pasti banyak soalan yang ditanya atau mungkin terkedu pabila bertentang mata dengan wanita yang sudah berusia tetapi masih kelihatan cantik dan muda. Perasaan ingin mengetahui rahsia kekal muda membuat saya menerima undangan Shiseido. Walaupun Shangri-La Putrajaya tidak sejauh mana, namun pengalaman belaian kulit oleh rangkaian produk antipenuaan Shiseido sungguh terkesan untuk saya kongsi bersama dengan pembaca.

Kedatangan kami disambut mesra dengan kudapan. Sinar matahari pagi berteman pula pokok-pokok yang menghijau memberi ketenangan. Sambil bersantai dan menikmati pemandangan indah, kami diberi penerangan ringkas mengenai produk yang bakal dilancarkan.

Pagi yang cerah itu, aktiviti kami disusuli dengan senaman yoga.Sungguhpun kebanyakan kami tidak pernah beryoga tetapi masing-masing tidak mahu terlepas mengikutinya malah menunjukkan minat yang tinggi menghayati setiap pergerakan yang diajar. Setelah menjalani sesi yoga yang memberi tenaga dan kecergasan otot, petangnya pula kami membelai diri dengan urutan badan. Sesi belaian diri petang itu dilengkapi dengan face massage.

Istimewanya face massage ini kami mencuba rangkaian penjagaan kulit Shiseido yang telah diperbaharui formulanya iaitu Shiseido Benefi ance WrinkleResist24. Formula baru ini dilengkapi haruman bunga orkid chosei-ran, yang turut membantu memulihkan rintangan kulit. Bagai diulit mimpi, keunikan aroma orkid begitu selesa dan merelakskan.

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*