Solekan nan anggun di pagi raya

 

Berwajah ayu di pagi Syawal, tampil berseri di hari raya. Serlahkan kejelitaan wajah di bulan penuh kemeriahan ini dengan gaya solekan yang menawan agar diri tampak lebih manis lagi jelita.

 

 

Liyana Jasmay

Si Manis bak Liyana Jasmay

 

 

Lancome LES ŒILLADES Eye Palette – 02 Blondette Fatale, RM140 Etude Face Color Corset in Highlighter Fit, RM29.90

Gabungan rona tanah dalam satu palet ini mampu mencetuskan solekan mata yang lebih natural untuk siang mahupun malam. Palet terbaru Lancome ini juga diberi inspirasi gaya solekan lewat 1940-an.

Pembayang pipi yang mengandungi lapisan silicon ini dirumuskan untuk mencipta aplikasi yang mudah. Tekstur krimnya pula mampu menjadikan solekan kekal lebih lama pada wajah.

Shiseido Hydro-Liquid Compact KATE Mineral Liquid Foundation, RM56

Uniknya kompak ini adalah bedak asasnya hadir dalam tekstur separa cecair dan pejal. Anda boleh menggunakannya pada bila-bila masa memandangkan bekasnya mudah untuk disimpan. Menghasilkan litupan yang rata, bedak ini juga menyerlahkan lagi ton warna kulit.

Bedas asas cecair mineral ini mengandungi pelembap yang diperbuat daripada bahan semulajadi minyak zaitun, jojoba dan badam. Rumusan ini bukan sahaja menjadikan litupan bedak lebih rata malah kulit wajah terasa lebih lembut.

Maison Lancôme, RM120 Dejavu Lasting Fine in Deep Black

Pemerah pipi dari koleksi musim luruh ini antara item yang perlu ada! Paduan multi rona dalam satu palet dengan embossment suasana di Paris menjadikan pembayang pipi ini kelihatan lebih cute!

Penggaris mata dari Dejavu ini pastinya digemari mereka yang mementingkan solekan yang kekal lebih lama. Dengan teknik garis mata yang betul, solekan mata tampak lebih memukau!

Maquillage Moisture Rouge in RS724
Kaya dengan rumusan pelembap, gincu ini cukup sesuai untuk dioleskan pada bibir ketika sakan beraya. Apa tidaknya, cuaca yang panas hanya menjadikan bibir lebih kering. Usah risau lagi, sapuan gincu ini menghasilkan bibir yang lebih menawan dan pouty.

 

Diana Danielle

Si Jelita bak Diana Danielle

 

 

Maquillage Eyes Creator Maquillage Lighting White Powdery UV

Himpunan rona mewah berasaskan ungu ini cukup sempurna untuk solekan yang menjadikan merah jambu sebagai rona utama. Lengkap dengan pembayang mata untuk highlight dan shading, palet ini sememangnya berbaloi untuk dimiliki!

Litupan bedak yang rata adalah asas solekan yang sempurna. Bedak kompak ini antara pilihan terbaik untuk menghasilkan solekan yang lebih natural dengan wajah kelihatan lebih mulus. Sementara perincian kristal pada bekas membuatkan kompak ini dilihat lebih chic!

Etude Pink Lady Fit, RM29.90 Shiseido SMK Automatic Fine Eyeliner

Paduan rona merah jambu dengan sedikit tangerine berupaya menjadikan wajah kelihatan lebih segar! Layangan pemerah pipi ini juga sempurna untuk anda yang inginkan gaya solekan yang sweet.

Tidak lengkap solekan mata tanpa penggaris mata! Apatah lagi penggaris mata dalam rona hitam menyempurnakan lagi gaya solekan yang klasik di pagi raya.

Maquillage EyeLashCurler Lancome Juice Tubes, RM68

Lentikan bulu mata mencipta hue yang lebih seksi dan menawan. Sapuan maskara dengan pelentik dari Maquillage ini antara gandingan yang sempurna untuk menjadikan bulu mata kelihatan lebih panjang dan melentik.

Seindah namanya, pengilat bibirini adalah satu lagi item yang perlu ada! Kaya dengan vitamin C, B5, E juga shea butter, tiub ini cukup sempurna untuk melembap dan merawat bibir yang kering. Turut hadir dalam pelbagai rasa buah-buahan, anda pasti menyukainya!

Shiseido Shimmering Rouge in PK407
Just natural. Itu perkataan terbaik menggambarkan gincu ini yang menghasilkan kesan sheer tetapi sempurna pada bibir. Pemakaiannya yang tahan lama pasti menggembirakan anda selain mampu memberikan kesan full lips yang ternyata seksi!

Komen Anda

*