Tanda Rambut Tua

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+2Email this to someonePin on Pinterest0

Perubahan warna rambut antara tanda ketara rambut menua. Teruskan membaca untuk tahu tanda-tanda lain…

Setiap hari rambut terdedah kepada sinaran matahari, pencemaran sekitar dan penggunaan kimia yang menyumbang kepada kerosakan rambut. Sekiranya rambut tidak dijaga baik secara berterusan kita akan kehilangannya perlahan-lahan.

Apabila berusia kita akan mengalami kehilangan rambut yang banyak dan kadar pertumbuhan rambut baru pula menjadi semakin perlahan. Kesannya, rambut yang tumbuh menjadi lebih halus dan kurang pigment.Kalau dulu rambut tebal dan kasar kini berubah nipis, halus, ringan dan warna pula semakin cerah. Dalam masa yang sama banyak follicles berhenti menghasilkan rambut baru.

Apabila rambut menua, follicles semakin kurang menghasilkan melanin, menyebabkan warna rambut berubah dan seterusnya beruban. Namun rambut beruban banyak dipengaruhi oleh genetik. Dalam hal rambut beruban makanan tambahan seperti vitamin tidak dapat membantu menahan rambut daripada beruban atau mengurangkan kadar beruban.

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+2Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*