Tip Masalah Rambut

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter9Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Selain daripada menjaga penampilan wajah, rambut juga memerlukan belaian kasih sayang. Wanita sering mengalami masalah rambut dan ianya tidak mustahil bagi mereka yang ingin memiliki rambut bermaya dan bersinar. Tetapi, bagaimanakah caranya? Bagi nota cantik pada minggu ini, Eh! tampilkan empat tip mengatasi masalah rambut kronik.


Tip 1

1. Tip atasi rambut rosak


Bagi mereka yang gemar menggunakan alatan elektronik yang memberi suhu panas pada rambut, contohnya alat pengering dan pelurus rambut, dinasihatkan supaya mengurangkan penggunaannya. Jika tidak boleh dielakkan, gunakan serum atau krim pelindung rambut untuk melindunginya dari kepanasan. Lebih selamat menggunakan alat pengeriting dan pelurus rambut yang diperbuat daripada seramik kerana ia dapat melindungi rambut daripada mengalami kerosakan yang teruk.

Tip 2


2. Tip atasi rambut berminyak


Antara penyebab rambut berminyak adalah kurangnya mencuci rambut. Hindari masalah ini dengan mencuci rambut sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan menggunakan syampu yang sesuai dengan masalah rambut anda. Gunakan perapi rambut yang mengandungi perapi dan elakkan dari terkena kulit kepala. Selain itu juga, penggunaan hair mask dapat melindungi dan memperbaiki rambut rosak.

Tip 3


3. Tip atasi rambut berkelemumur


Pengambilan syampu anti-fungus dapat mengatasi masalah kelemumur yang serius. Selain daripada itu juga lumurkan perahan air limau nipis selepas anda mencuci rambut dan biarkan ia selama 15 minit dan selepas itu bilas dengan air yang bersih. Dengan cara ini, kelemumur dapat diatasi disamping rambut menjadi lebih lembut dan bersinar.

Tip 4


4. Tip hindari rambut gugur


Hindari rambut gugur dengan masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air yang mendidih. Tapis serbuk teh tersebut dan ambil airnya. Air teh yang telah ditapis dibancuh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur. Kacau sehingga sebati. Seterusnya, sapukan pada kulit kepala dan biarkan ia selama tiga jam. Amalkan petua ini dua minggu sekali dan gunakan syampu kawalan rambut gugur dua kali sehari.


Banyak lagi info penting tentang rambut tidak diketahui di sini. Jangan lupa dapatkan majalah Eh! Februari 2012 untuk membaca artikel ini selanjutnya!

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter9Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*