Warna Rambut Terhangat 2013

Percaya atau tidak, bukan sahaja potongan rambut atau stail yang penting untuk nampak trendy, tetapi pemilihan warna yang sesuai turut memainkan peranan yang besar. Jadi apakah warna yang menjadi trend di tahun 2013 yang sesuai dengan anda?

 

Reverse Ombre

Gambar: onycworld.com

Bagi hipster di luar sana, mungkin rambut ombre ni sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Tahun ini, reverse ombre – rambut yang gelap atau warna rambut sebenar di bahagian atas dan berwarna lebih cerah atau kontras di bahagian bawah menjadi trend warna pilihan ramai. Mungkin warna rambut seperti ini terlalu moden bagi wanita berkerjaya di luar sana. Helahnya mudah sahaja, pilihlah warna yang bersesuaian dengan anda dan kerjaya. Anda mungkin terkejut sekiranya bos anda turut menyukai warna baru rambut anda.

 

Platinum Blonde

Gambar: TPGNEWS

Satu lagi warna yang menjadi trend pada tahun 2013 adalah platinum blonde yang hampir-hampir sama dengan putih. Mungkin anda merasakan orang Asia yang rata-ratanya berkulit sawo matang tidak boleh membawa warna rambut seperti ini, tetapi sebenarnya ia tidak menjadi masalah sekiranya anda mendapat potongan yang betul dan yakin membawa gaya tersebut. Tetapi hati-hati kerana teknik meluntur yang kuat untuk mendapatkan warna rambut ini boleh merosakkan rambut anda.

 

Silver Grey

Gambar: TPGNEWS

Mungkin inilah masanya untuk mewarnakan rambut anda yang beruban itu kepada kelabu. Percaya atau tidak ianya boleh nampak seperti rambut asli anda yang beruban tetapi dalam pesona yang lebihmenarik. Kepada yang berusia 20-an dan mahu nampak lebih hipster, pilihlah warna kelabu terang seakan-akan ungu terang. Warna kelabu boleh memberikan kelainan gaya untuk anda tahun ini. Sanggulkan saja dengan kemas untuk ke pejabat bagi memberikan gaya yang lebih formal.

 

Pastel

Gambar: TPGNEWS

Kepada yang berani mencuba, warna-warna pastel adalah sesuatu yang harus dicuba! Warnakan keseluruhan rambut anda dengan warna pastel untuk tampak lebih berani dan menyerlah. Setiap warna pastel boleh memberikan rupa yang berbeza kepada anda. Pastel biru boleh menampakkan anda seperti bintang rock, pastel hijau menyegarkan gaya manakala merah samar menyuntik penampilan yang lebih lembut dan ayu. Namun begitu, pastel ungu dijangka menjadi hit dan mampu membuatkan anda tampak manja.

 

Merah

Gambar: TPGNEWS

Warna yang paling selamat pada tahun ini adalah merah. Merah dengan percikkan jingga sesuai untuk mereka yang sudah berkerjaya manakala merah terang untuk mereka yang dalam usia 20-an. Merah gelap pula sesuai untuk mereka yang mahu kelihatan elegan. Warna merah tidak membuatkan anda tampak garang tetapi sebenarnya ia boleh menyerlahkan setiap feature pada wajah anda.

 

Komen Anda

*