Pakaian Seksi di Mata Lelaki

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter24Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Sebenarnya, kalau dari segi fizikal, ia sememangnya agak subjektif. Seseorang lelaki mungkin memandang seksi itu dari sudut yang berbeza. Namun begitu, sekiranya anda mahu menarik perhatiannya dengan cara pemakaian anda, kami ada beberapa jenis pakaian yang dianggap seksi oleh kebanyakan lelaki.

 

pakaian seksi di mata lelaki - off shoulder 1

Gambar: newsgab.com

 

Baju Off-Shoulder

Mendedahkan apa yang tidak perlu boleh menampakkan wanita semakin murah, bukannya seksi. Jadi mainkan perasaan lelaki dengan hanya menunjukkan sedikit kulit anda iaitu di bahagian bahu dan sedikit bahagian belakang. Kebanyakan lelaki merasakan ia sangat seksi.

 

pakaian seksi di mata lelaki pakaian seksi di mata lelaki - baju lelaki

Gambar: fanpop.com

 

Baju Lelaki

Mengenakan baju yang ketat tidak akan menonjolkan keseksian terutamanya jika badan anda tidak tone seperti model Victoria’s Secret! Sesekali, cubalah memakai kemeja lelaki atau t-shirt bersaiz besar kerana unsur maskulin yang anda terapkan di dalam gaya anda memberikan keseksian semula jadi.

 

pakaian seksi di mata lelaki - sifon

Gambar: celebritystyleguide.com

 

Sifon Jarang

Sifon bukan sahaja membuatkan badan anda tampak lebih menawan, ia juga sangat disukai oleh lelaki. Mengapa? Sifon kebanyakan jarang dan membuatkan si dia nampak sedikit corak atau warna pakaian dalam anda. Walaupun anda mengenakan camisole, sifon masih dapat memberikan bayangan bentuk badan anda yang membuatkan si jejaka termimpi-mimpi.

 

pakaian seksi di mata lelaki - high heels

Gambar: fashionteria.com

 

Kasut Tinggi

Kadangkala, kaum wanita pasti tertanya, adakah lelaki akan menyedari ketidak selesaan anda memakai kasut setinggi 5 inci? Jawapannya, jarang yang perasan! Kerana mereka sedang memerhatikan kaki anda yang berotot ketika menggenakan high heels . Kasut bertumit tinggi juga menampakkan anda lebih kurus dan memberikan bentuk badan yang lebih langsing secara ilusi kepada orang yang melihat anda.

 

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter24Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*