Acara-Acara Sambutan Malam Tahun Baru 2013

malaysia new year fireworks Acara Acara Sambutan Malam Tahun Baru 2013

Lagi beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut kedatangan 2013. Jadi apa pelan tahun baru anda? Sambutan ambang tahun baru pastinya meriah dengan street party dan konsert di sekitar ibu kota seperti di KLCC, Bukit Bintang dan Dataran Merdeka. Jika anda tidak mahu berasak di dalam lautan manusia pada malam tahun baru, kami senaraikan beberapa alternatif untuk anda:

Sheila On 7 Acara Acara Sambutan Malam Tahun Baru 2013

1. Blackberry Music Mania @ Stadium Malawati, Shah Alam

Sebuah sambutan tahun baru di Stadium Malawati, Shah Alam yang menampilkan persembahan oleh band-band tempatan seperti Hujan, Bunkface dan Kyoto Protocal bersama band jemputan khas yang diterbangkan dari Indonesia, Sheila On 7. Untuk info tiket, sila layari www.blackberrymusicmania.com.my

Andrew Rayel Acara Acara Sambutan Malam Tahun Baru 2013

2. Twelve 13 @ Menara KL

Jom parti! Buka tirai tahun 2013 anda dengan persembahan enam DJ antarabangsa seperti Andrew Rayel, KhoMha, MaRLo, Ruben De Ronde, Wezz Devall dan DJ Eco di Menara KL. Acara ini sesuai untuk penggemar muzik dance. Untuk maklumat lanjut, layari www.twelvemalaysia.com

Yuksek 1024x679 Acara Acara Sambutan Malam Tahun Baru 2013

3. Yuksek @ Bedroom

Popular dengan muzik French electro, Yuksek bakal mengadakan persembahan di Kuala Lumpur pada malam tahun baru ini. Kalau anda nak tahu, beliau pernah bekerjasama dengan artis-artis ternama seperti Lady Gaga dan Gorillaz. Untuk maklumat lanjut, layari www.bedroomkl.my

bora bora Acara Acara Sambutan Malam Tahun Baru 2013

4. New Year Celebration @ Bora Bora, Batu Feringghi

Relaks dan enjoy sambil menikmati muzik live percussion dan persembahan DJ yang dibawakan oleh Wawawee dan Island Underground Frequency di tepi pantai. Masuk adalah percuma.

>> HIBURAN: FAUZIAH GAMBUS

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

*