Bella Awards Iktiraf Jasa Wanita

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter9Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Usaha NTV7 bagi menghargai dan mengiktiraf kejayaan wanita sememangnya patut dipuji. Mungkin rata-rata peminat program bual bicara Bella sudah tahu perihal anugerah khas untuk wanita yang dianjurkannya. Bella Awards adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia dan telah berlangsung di Hotel Royal Chulan baru-baru ini.

APA YANG TERBARU DARIPADA WANITA HARI INI? >>

Gambar: ntv7

NICKI MINAJ ANGGUN DENGAN M.A.C VIVA GLAM >>

Apa yang sangat kami kagumi adalah konsep dan persembahan anugerah ini. Pengiktirafan tidak tertumpu kepada selebriti wanita sahaja tetapi juga mereka yang banyak berjasa kepada negara dan masyarakat khususnya. Bukan sahaja setnya yang menampilkan pentas peragaan ‘glamor’ berjaya menarik perhatian kami, bahkan persembahan artis antarabangsa dan tempatan yang diiringi  pertunjukan fesyen ala-ala Victoria’s Secret juga sesuatu yang baru di dalam sesebuah program televisyen di Malaysia.

Gambar: ntv7

RAHSIA CANTIK DEBORAH HENRY >>

Anugerah yang bertemakan ‘She Sparkles‘ ini telah diacarakan oleh pengacara program Bella sendiri iaitu Daphne Iking, Elaine Daly dan Vanessa Chong serta turut diserikan oleh pelakon, pengarah dan penerbit kacak, Hans Isaac. Mungkin Hans boleh terjun ke bidang pengacaraan pula selepas ini kerana berjaya menjalankan tugasnya dengan begitu baik sekali pada malam tersebut.

TAK PERLU SUNTIK KALAU NAK CANTIK >>

Gambar: ntv7

Antara penghibur yang memeriahkan lagi acara ini adalah Marcell, Rossa, Joe Flizzow, Mizz Nina, Maliq & D’Essentials serta Ronan Keating. Berikut adalah senarai pemenang bagi 11 kategori yang dipertandingkan:

Bella Creative Award – Low Ngai Yuen

Bella Style Award - Gillian Hung

Bella Beautiful Award – Dr Premitha Damodaran

Bella Business Award – Datuk Rosaline Ganendra

Bella Heart Award – Datuk Ruby Khong

Bella On-Screen Award – Debbie Goh

Bella On-Stage Award – Datuk Siti Nurhaliza

Bella Sports Award – Cheong Jun Hoong

Bella Radio Award – Fara Fauzana

Bella Mars Award – Datuk Jimmy Choo

Bella Award – Datuk Ruby Khong

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter9Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*