Gandingan Kamera Samsung NX300 dengan Usain Bolt

Baru-baru ini Samsung telah mengeluarkan kamera mudah alih NX300 hasil daripada inspirasi dan kolaborasi dengan pemenang pingat emas Olimpik, Usain Bolt. Bertepatan dengan fokus dan kelajuan manusia terpantas di dunia ini, Samsung NX300 mengaplikasikan kepantasan Bolt ke dalam ciptaan terbaru mereka kali ini.

BEHIND THE COVER APRIL: SCHA ALYAHYA >>

APABILA SENI DAN FESYEN BERGABUNG >>

Kamera pantas ini berkemampuan menangkap gambar di dalam keadaan sesak dengan menggunakan sistem Hybrid Auto Focus untuk mendapatkan gambar yang terang dan tinggi kualitinya dengan serta merta. Bukan sahaja ia mampu disambungkan kepada internet secara wifi, fungsi Auto Share membuatkan pengguna boleh berkongsi gambar mereka ke laman-laman sosial dengan mudah dan cepat.

INTEL ULTRABOOK UNTUK YANG MEMENTINGKAN GAYA >>

YUNA IN WONDERLAND >>

Dengan terhasilnya kamera NX300 ini, Samsung turut bekerjasama dengan Usain Bolt Foundation untuk menyediakan peralatan dan latihan fotografi kepada jurugambar muda di bawah program NX Junior Photographer. Kamera Samsung ini sudah berada di pasaran dengan harga RM2699. Dapatkan  maklumat lanjut mengenai kamera ini dengan melayari laman Facebook SamsungNX.

Komen Anda

*