Hari lebih ‘funky’ dengan koleksi jam tangan Sprout!

 

Sprout Tower Hari lebih ‘funky’ dengan koleksi jam tangan Sprout! Image 1 Hari lebih ‘funky’ dengan koleksi jam tangan Sprout!

 

Untuk menjadi seorang fesyenista yang menitikberatkan soal ‘bumi hijau’ pastinya ideal untuk mereka yang mahukan kelainan dalama gaya hidup mereka. Jika anda salah seorang daripadanya, mungkin koleksi jam tangan Sprout ini boleh disenaraikan sebagai salah satu item perlu ada dalam koleksimu!

Direka dengan pelbagai rona yang funky, Sprout turut mencipta koleksi buat penggemar aktiviti lasak dengan menampilkan rona alam semulajadi. Paling menarik, Sprout menggunakan bahan-bahan semulajadi dalam rekaannya tanpa menjejaskan alam sekitar!

Image 3 Hari lebih ‘funky’ dengan koleksi jam tangan Sprout!  File 4497 Hari lebih ‘funky’ dengan koleksi jam tangan Sprout!

Antaranya, bahan plastik yang digunakan dalam kebanyakan rekaan jam tangan digantikan dengan jagung. Ini kerana, jagung diproses dan dihasilkan dalam bentuk resin yang kemudiannya dicipta sebagai gancu dan pemegang jam itu sendiri. Manakala lens pula direka menggunakan bahan mineral kristal juga untuk menggantikan plastik yang menjadi ancaman utama dalam sistem ekologi.

Satu lagi info menarik, koleksi jam tangan Sprout hanya menggunakan bateri bebas merkuri! Selain itu, rona-rona funky yang digunakan pula 100 peratus diproses menggunakan kapas organik melalui pencelup sayur-sayuran. Usah tunggu lagi, dapatkan koleksi jam mesra alam ini sekarang!

 

 

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

*