Kaki Seni Festival 2013

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter2Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Kepada semua penggemar seni, inilah acara yang paling ditunggu-tunggu! Kaki Seni Festival 2013 bakal berlangsung dari 22 April sehingga 1 Mei di Pavilion Kuala Lumpur. Acara ini dianjurkan sebagai upacara pembukaan untuk Annual BOH Cameronian Arts Awards yang ke-10.

APABILA SENI DAN FESYEN BERGABUNG >>

GAYA JALANAN FUTURE MUSIC FESTIVAL ASIA >>

Menurut pihak penganjur, tujuan acara ini diadakan adalah untuk memperlihatkan kesemua cabang seni kepada orang ramai dengan membawanya dekat kepada mereka. Daripada teater sehingga ke persembahan muzik jalanan, bengkel persembahan boneka sehingga ke sarkas. Dan apa yang bakal memeriahkan lagi acara ini adalah perarakan seni jalanan secara besar-besaran yang bakal berlangsung pada 28 April ini.

KEJAYAAN FUTURE MUSIC FESTIVAL ASIA 2013 >>

KASUT 3D BERSENI DARIPADA MARLA MARCHANT >>

Di antara 516 orang penghibur yang terlibat di dalam acara 10 hari ini adalah Arabyrd, Amir Jahari, The Impatient Sisters dan ramai lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai jadual Kaki Seni Festival 2013, anda boleh merujuk kepada festival.kakiseni.com.

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter2Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*