Kuala Lumpur Destinasi Pertama Hotel Harrods

Harrods yang terkenal sebagai pusat membeli-belah terkemuka di dunia telah memperluaskan lagi empayar perniagaannya di dalam bidang hospitaliti. Sudah tiba masanya untuk kita katakan helo kepada Hotel Harrods yang bakal didirikan di antara Jalan Raja Chulan dan Jalan Conlay yang mana terletaknya Chulan Square dan Restoran Sri Melayu ketika ini.

Apa yang lebih membanggakan, Malaysia bakal menjadi Negara pertama Hotel Harrods yang dijangka siap pada tahun 2018. Dua lagi tempat yang bakal menyusul dengan Hotel Harrods mereka sendiri ialah, London dan Itali. Kolaborasi antara Qatar Holding dan Jerantas Sdn Bhd ini akan memulakan pembinaan Hotel Harrods Kuala Lumpur pada suku ketiga tahun ini. Hotel 30 tingkat ini bakal mempunyai ruang membeli belah yang luas, 250 – 300 bilik hotel serta service apartment.

Gambar: thestar online

Pembinaan hotel yang bertaraf 7 bintang ini memakan kos lebih kurang RM2 bilion. Satu bilik hotel dianggarkan memakan kos dari RM2.5juta sehingga RM4juta, mengikut bintang. Dikatakan bilik hotel 6 bintang boleh mencecah RM2.5juta kosnya. Amboi, bagaimanalah agaknya keadaan bilik yang bernilai jutaan ringgit ya? Selain dari itu, dua lagi hotel mewah yang bakal ada di Malaysia ialah St Regis di KL Sentral dan hotel 65-tingkat Four Season yang terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur.

JOM IKUT SHERRY IBRAHIM BERCUTI! >>

PERCUTIAN ALA SAZZY FALAK>>

DA NANG YANG TENANG BUAT SITI SALEHA >>

OUTFIT TERBAIK UNTUK BERCUTI >>

Komen Anda

*