Memperkenalkan Angkawasan Junior yang Kedua!

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter18Share on Google+8Email this to someonePin on Pinterest0

Semua sudah sedia maklum dengan kelahiran anak ke-dua angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dengan isterinya Dr Halina. Apa yang dinanti-nantikan adalah gambar baby baru mereka yang dikatakan seiras wajah bapanya. Setelah hampir sebulan kelahirannya, angkasawan negara dan isteri akhirnya berkongsi gambar puteri mereka di blog peribadi Dr Halina sendiri.

SUAMI ‘PAINKILLER’ DR HALINA >>

Gambar: barelysupermommy.com

Anak perempuan kedua mereka kali ini diberi nama Sophea Natasha yang lebih kurang sama dengan nama anak sulung mereka, Sophea Isabella. Sophea membawa maksud cantik dan bijak manakala Natasha bermakna kuat. Dr Halina mengatakan anaknya yang kedua ini adalah bayi yang kuat kerana berjaya menempuh cabaran dan dugaan ketika di dalam kandungan serta kelahiran.

PENANTIAN NING BAIZURA BERAKHIR DENGAN BABY BOY >>

Gambar: barelysupermommy.com

Menurut Dr Halina lagi, dia kini sedang cuba merancang waktu tidur untuk bayinya seperti yang dilakukan kepada anak pertamanya. Dia mendedahkan bayinya kepada cahaya matahari di siang hari serta membangunkannya seawal jam tujuh pagi untuk mengawal waktu tidur. Dr Halina juga tidak melupakan petua orang lama. Dia menyimpan tali pusat kedua-dua anaknya di dalam satu katung kerana ia dikatakan mampu mengelakkan pergaduhan di antara adik beradik.

BABY SHOWER MEWAH UNTUK KIM KARDASHIAN >>

Gambar: barelysupermommy.com

Sungguh unik cara mereka membesarkan anak-anak kan? Sebelum ini ada paparan video yang menunjukkan bagaimana Datuk Dr Sheikh Muszaphar mengajar anaknya berenang seawal usia sembilan bulan. Jom saksikannya di bawah ini. Mungkin anda boleh mempraktikkannya dengan anak anda.

KUIH KENANGAN ZAMAN KANAK-KANAK MEJAR DR FAIZ >>

Sumber: barelysupermommy.com

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter18Share on Google+8Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*