Raikan Hari Wanita Sedunia 2011 bersama Kakiseni!

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter2Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Jika anda golongan pencinta seni, jangan lepaskan peluang bersama Kakiseni dalam menonton pelbagai persembahan menarik sempena Hari Wanita Sedunia 2011. Program anjuran bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini berlangsung selama sebulan bermula 23 Februari lalu dan berakhir pada 3 April ini.

Kempen ini yang turut dikenali sebagai Women:100 ini menjanjikan pengalaman istimewa dengan penampilan terbaik daripada industri seni persembahan tempatan. Berpandukan kepada subjek mengenai ‘wanita’ setiap persembahan disampaikan dalam pelbagai bentuk termasuk pementasan teater, bengkel tarian, muzik, penulisan, bacaan dan mini konsert.

Menurut Pengerusi Kakiseni, Low Ngai Yuen yang pernah popular sebagai hos rancangan ternama 3R berkata matlamat kempen adalah untuk mendekatkan masyarakat dengan arena seni yang juga menjadi salah satu misi Kakiseni. “Kakiseni melihat sambutan ulang tahun Hari Wanita Sedunia ke-100 ini sebagai platform terbaik dalamk menyatukan kumpulan teater, tarian dan muzik tempatan untuk bekerjasama menjayakan kempen ini,” katanya.

Berikut adalah antara poster bagi program sepanjang bulan ini. Untuk maklumat lanjut, layari www.kakiseni.com/women100 atau www.facebook.com/w100fb.

 

  

 

 

 

 

    

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter2Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*