Rona Baru Rangkaian Penjagaan Bibir Burt’s Bees

Bagi mereka sukakan sesuatu yang organik, mungkin Burt’s Bees menjadi pilihan utama mereka. Rangkaian produk yang dihasilkan daripada bahan semula jadi yang tertinggi dan diproses dengan jaminan tidak mengganggu keselamatan alam sekitar ini sudah pun berada di pasaran dunia sejak tahun 1991.

KOLEKSI MUSIM PANAS FLOW >>

DILAMUN MIMPI MARIAH CAREY >>

Baru-baru ini rangkaian produk kecantikan mesra alam ini telah mengeluarkan rona-rona baru ke dalam rangkaian Burt’s Bees Lip Shimmer dan Burt’s Bees Tinted Lip Balm mereka. Untuk produk penjagaan bibir mereka ini, pengguna tidak perlu menyapukan kuantiti yang banyak ke atas bibir mereka untuk menampakkan warna sebenar produk ini.

TIP KECANTIKAN NADIYA NISAA >>

DIY HADIAH UNTUK SI DIA >>

Produk 100 peratus semula jadi ini mampu menghidratkan dan mengelakkan kekeringan sepanjang hari di samping memberikan kilauan yang tahan lama pada bibir anda. Anda boleh mendapatkan produk yang tidak pernah diuji ke atas haiwan ini di cawangan Burt’s Bees berhampiran anda dengan harga RM34.80 – RM52.80.

 

Komen Anda

*