Secawan kopi di Chilla Cup

 

 

Harga yang berpatutan dengan aneka hidangan yang lazat antara sebab mengapa EH! loves Chilla Cup! Bertempat di Subang Avenue, kafe berkonsepkan santai ini adalah pembukaan cawangan yang ketiga selain Solaris Mont Kiara dan Quill 7 Sentral.

Walau hanya dalam tempoh setahun, kejayaan Chilla Cup dalam meraih sambutan menggalakkan daripada orang ramai menyebabkan mereka lebih yakin untuk memperluaskan lagi empayar kafe ini!

  

Minuman berasaskan kopi menggunakan bijian kopi premium Arabica dengan hidangan seperti pastri, tortilla, roti sandwich, kek juga aneka makanan barat menjadi strategi utama Chilla Cup untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Sementara rekaan dalaman yang bersuasanakan santai sekali gus memberikan mood yang lebih nyaman dan merehatkan. Konsep ini juga bersesuaian untuk mereka yang mahu bertemu taulan dalam keadaan yang lebih selesa sambil menikmati resipi Chilla Cup yang enak.

 

Majlis pelancarannya yang di adakan di Subang Avenue ini juga diadakan dengan begitu meriah sekali. Antara selebriti tempatan yang turut hadir menyokong acara ini termasuk Dynas Mokhtar, Juliana Evans, Yise Loo, Nadia Heng, Megan Tan and Peace Teo Yi Poi.

Tentunya Chilla Cup dapat menjadi target baru buat anda yang suka mencuba sesuatu yang baru!

 

 

 

Komen Anda

*