Shila Amzah Dan Siti Nurhaliza Tercalon Di World Music Awards 2012

Baru-baru ini kecoh tentang pencalonan dua artis tempatan kita, Shila Amzah dan Siti Nurhaliza di dalam World Music Awards (WMA) tahun ini. Sebaris dengan artis bertaraf antarabangsa, nama mereka tercalon untuk Best Female Artist bersama Adele, Madonna, Taylor Swift dan Kelly Clarkson. Bukan itu sahaja. Shila Amzah juga tercalon dalam satu lagi kategori iaitu World’s Best Entertainer of the Year bersama nama-nama besar seperti Lady Gaga dan Jennifer Lopez.

Mungkin ada yang belum pernah dengar lagi tentang anugerah ini. Kalau anda nak tahu, tahun ini merupakan tahun yang ke-23 bagi WMA dan ianya bakal berlangsung di Miami, Florida pada 22 Disember, hari Sabtu. Undian masih lagi dibuka. Jadi, undilah mereka dan artis kegemaran anda yang lain di www.worldmusicawards.com sekarang.

Gambar: Rotikaya

Komen Anda

*