Adat merisik bersulam sirih, adat merenjis
berselang pilis, merancang kahwin bersama Eh!,
ilmu dikongsi sempurna majlis.
Musim cuti datang kembali, menjadi
kebiasaan bakal pengantin berlumba-lumba
menetap tanggal. Orang tua sibuk mencaricari
sanak-saudara yang mana sama
mengemudi kenduri agar tidak berselisih
hari. Begitu rancaknya musim cuti hujung
tahun, selain sibuk merancang percutian,
kebanyakan orang kita juga mengambil
peluang di waktu ini sebagai pilihan
tarikh paling tepat mengadakan kenduri
majlis kahwin.