GAYA HIDUP

Bos Wanita VS Bos Lelaki

539382_work_work_work-featured
Lelaki mahupun perempuan, memang jelas punya ciri-ciri yang berbeza. Namun, adakah jawatan ketua atau bos yang disandang, mampu menjadikan mereka berperwatakan sama? Ataupun gaya pemikiran mereka juga ketara perbezaannya? Ikuti pandangan mereka ini. Kisah 1 Kisah 2 Kisah 3 Kisah 4 Kisah 1 Bob Eksekutif Operasi, 27 Jawapan kepada… (+)

Obses dengan potongan badan?

teed-inner
Jika anda salah seorang mangsa yang terlalu obses dengan potongan badan, mungkin tiga gadis ini mampu memberikan mesej bahawa anda sebenarnya sudah cukup sempurna! EH! membawakan tiga gadis iaitu Fazurita yang bertubuh kurus, Farhana dengan bentuk badan yang curvy dan Mizan yang bertubuh gempal. Mahu tahu pandangan dan pengalaman mereka… (+)

Hidup secara ‘hijau’ sepanjang bulan ini!

hidup1
Menggunakan baldi berisi air berbanding menggunakan hos air untuk membasuh kereta adalah langkah paling bijak. Ini kerana penjimatan air dapat dilakukan sekaligus menyelamatkan kawasan tadahan air daripada mengering jika bencana kemarau melanda. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

Hidup secara ‘hijau’ sepanjang bulan ini!

hidup2
Usah jadikan diri anda sebagai individu yang mementingkan diri dengan memandu kereta secara bersendirian. Sebaliknya, kongsi kenderaan mengikut giliran bersama rakan-rakan sepejabat bagi mengelakkan malah kesesakan lalu lintas. Ini kerana situasi buruk itu mampu menjejaskan lagi pencemaran udara selain membazir minyak petrol!

Hidup secara ‘hijau’ sepanjang bulan ini!

hidup3
Membeli belah di butik bundle sebenarnya ada baiknya. Selain dapat mengamalkan gaya hidup mengitar semula, anda dapat menjimatkan wang! Harganya yang serendah RM5 adalah jauh lebih murah berbanding harga baju baru yang bernilai RM50. Jadi, mengapa tidak anda mencubanya?

Hidup secara ‘hijau’ sepanjang bulan ini!

accessories-2-inner
Jangan jadikan hari Sabtu sebagai satu-satunya hari untuk anda membawa beg serba guna ke pasar raya memandangkan kerajaan kini mengarahkan supaya plastik tidak digunakan pada hari tersebut. Sebaliknya, gunakan beg itu pada setiap hari agar langkah bijak itu menjadi lebih berkesan.

Hidup secara ‘hijau’ sepanjang bulan ini!

hidup8
Jika anda gemar mengumpul aksesori fesyen, tidak salah jika anda menggunakan bahan-bahan jahitan di rumah untuk menghasilkan aksesori sendiri. Ini kerana terdapat aksesori yang dijual di pusat membeli belah dihasilkan menggunakan sumber yang tidak sepatutnya seperti kayu, plastik dan bulu haiwan. Jadi, lakukan perubahan dengan menjadi pereka aksesori untuk… (+)

Hidup secara ‘hijau’ sepanjang bulan ini!

hidup4
Menyedari semakin banyak kosmetik mempergiatkan kempen kitar semula, anda sebagai pengguna sepatutnya bijak memilih jenama kosmetik yang menawarkan kempen istimewa itu. Ini kerana selain dapat menyelamatkan bumi, anda berkemungkinan diberi tawaran diskaun oleh beberapa syarikat kosmetik sebagai ganjaran terhadap keprihatinan anda.

Hidup secara ‘hijau’ sepanjang bulan ini!

hidup6
Kebanyakan bahan bacaan di pasaran adalah berharga tinggi. Mengapa tidak anda cuba menghentikan tabiat suka membeli buku dan majalah di kedai buku sebaliknya mencarinya di perpustakaan. Selain kadarnya yang percuma, anda mampu menukar bahan bacaan hampir setiap hari tanpa kawalan!

Hidup secara ‘hijau’ sepanjang bulan ini!

hidup5
Mulakan tabiat suka menanam pokok di sekitar rumah untuk mencipta suasana hijau. Selain pokok bunga, adalah lebih bijak jika anda dapat menanam sayur-sayuran. Ini dapat memudahkan anda mendapatkan sayur yang diinginkan dan tidak perlu lagi ke pasar untuk membelinya.