Aeril Zafrel ke Layar Perak Hollywood

KENALI AERIL ZAFREL >>

PATRICK J ADAMS BERCERITA MENGENAI ‘SUITS’NYA >>

Jika di dalam bidang nyanyian Yuna berjaya menembusi pasaran antarabangsa, kita bakal menyaksikan pelakon lelaki kita pula memeriahkan layar perak Hollywood. Aeril Zafrel, 26, dikhabarkan bergandingan dengan pelakon handalan, Christina Ricci dan Sharon Stone di dalam sebuah filem Hollywood! Amboi Aeril, senyap-senyap sahaja sudah pun terbang ke London untuk menyempurnakan sesi penggambaran tersebut. Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari mengambil langkah profesional untuk tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai filem tersebut kerana terikat dengan perjanjian dengan produsernya.

SENARAI BEST NAKED MALE CELEBRITY >>

PANDANGAN QI TERHADAP YUNA >>

Aeril terpilih apabila profilnya dihantar kepada pihak produser melalui rakannya di London dan mereka terus menghubunginya kerana dia menepati kriteria yang dimahukan oleh produksi filem tersebut. Aeril yang mengesahkan gambar lelaki bersama dengan Christina Ricci adalah dirinya menerangkan ia dipetik daripada satu video muzik lagu tema filem berkenaan. Muzik video tersebut bakal disiarkan di saluran MTV tidak lama lagi sebagai promosi awal filem romatik tersebut. Menurutnya lagi, dia seperti bermimpi apabila dapat berlakon di dalam produksi filem Hollywood dan bergandingan dengan nama besar seperti Ricci dan Stone.

Komen Anda

*