Aksesori Pilihan Selebriti

Ayuh kita ‘korek’ apakah pilihan aksesori kegemaran selebriti antarabangsa. Rata-rata mereka percaya aksesori adalah trik untuk tampil menarik dan pilihan yang unik akan member markah ekstra kepada penampilan secara keseluruhannya.

Kate Moss

“Saya sukakan sepatu tumit tinggi yang klasik, biasanya dari himpunan Manolo Blahnik mahupun Tom Ford. Dan pilihan saya tentunya yang berwarna hitam.”

Rihanna

“Saya sukakan aksesori rona solid gold. Hampir kesemua aksesori dalam simpanan saya berona emas. Saya sukakan rekaan Jennifer Fisher dan Jacquie Aiche.”

Emma Watson

“Aksesori pilihan? Boleh tak jika saya pilih gincu? Saya tidak berapa gemar menggayakan aksesori berlebih-lebihan kerana saya mahu orang melihat saya terlebih dahulu, kemudian barulah apa yang saya pakai.”

 

FESYEN & TREND JAM TANGAN >>

Komen Anda

*