Album Reviews

brandy TWO ELEVEN Album Reviews

BRANDY – TWO ELEVEN

Sony Music

Bintang R&B ini hadir lagi dengan album studio keenam yang memuatkan 13 trak dengan empat deluxe edition track buat edisi istimewa ini. Masih berjuang pada garis muzik R&B yang biasa kita dengar namun masih punya tarikan tersendiri terutama trak Without You yang sungguh deep and full of emotion. Trak ini patut menjadi paksi kepada album ini.

rita ora album cover 1341404119 Album Reviews

RITA ORA

Sony Music

Tiada apa yang baru ditawarkan oleh Rita Ora, muziknya kuat pengaruh Rihanna. Suaranya sekadar okay tidaklah teruk namun there’s nothing to shout about mungkin kerana terlalu dibayangi penyanyi pop lain yang ada membuatkan debutnya ini sekadar biasa sahaja. Apa yang perlu dilakukan adalah mencari identiti muzik sendiri.

34646820 700x700min 1 Album Reviews

DAUGHTRY – BREAK THE SPELL

Sony Music

Album edisi istimewa kepada album penuh Break the Spell (2011) ini sekali mengetengahkan muzik pop rock dengan vokal bertenaga Chris Daughtry dengan riff gitar keras di setiap lagu, masih lagi mengkalkan entiti muzik yang menjadi signature kepada kugiran ini. Apa yang lebih istimewa album ini turut datang dengan dvd istimewa yang menghimpunkan video muzik serta rakaman konsert mereka sepanjang mempromosikan album ini.

Ellie Goulding Halcyon Deluxe Version 2012 Album Reviews

ELLIE GOULDING – HALCYON

Universal Music

Album ini dibuka dengan trak Don’t Say a Word yang cukup promising. Muzik Goulding berlegar dalam nuansa indie-pop dengan sentuhan synthpop dan house music yang diadun cukup moden dan kreatif. Single utamanya Anything Could be Happen dan Figure 8 hadir dengan sentuhan cukup tersendiri. Namun pendengaran saya lebih terarah pada trak I Know You Care yang nyata menyerlahkan emosi sebenar vokal bintang inggeris ini.

 

10 ALBUM TEMPATAN TERBAIK >>

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

*