Anak Patung Ken Akhirnya Hidup!

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter8Share on Google+1Email this to someonePin on Pinterest0

Bagi wanita, sememangnya wajah sesempurna anak patung Barbie menjadi idaman. Tapi, adakah di antara jejaka di luar sana tu yang obses dengan Ken sehingga mahu mempunyai wajah ‘sejambu’ anak patung tersebut? Siapa kata tiada?

Gambar: facebook Justin Jedlica

Memperkenalkan Justin Jedlica, yang kini digelar ‘Real Life Ken’, dia telah berhabis lebih kurang $100,000 untuk 90 sehingga 100 pembedahan plastik dalam masa 10 tahun! Sememangnya kini Jedlica mempunyai persamaan dengan anak patung itu – bahagian fizikal mereka berdua semuanya plastik. Jedlica tidak perlu bersusah-payah untuk bersenam atau meminum protein untuk mendapatkan badan sesasa anak patung Ken.

Gambar: facebook Justin Jedlica

Sejarah pembedahan plastiknya dimulakan dengan pembedahan hidung ketika dia baru berusia 18 tahun. Punggung, perut, biseps dan triseps kesemuanya telah di implan dengan silikon. Anda semua jangan tertipu, six-pack nya juga palsu! Jedlica yang berusia 32 tahun itu sedar dengan risiko yang dihadapinya akibat terlalu banyak silikon di dalam badannya. Namun katanya, dia tidak akan berhenti untuk menukar rupa paras mahupun badannya. Menurutnya, rupa dan tubuhnya kini adalah hasil seni peribadinya.

Gambar: huffpost

Jadi apa pandangan anda? Adakah Jedlica kelihatan lebih menarik selepas atau sebelum transformasinya?

RENDAH DIRI DENGAN KEKASIH METROSEKSUAL >>

LADIES, JAUHKAN DIRI LELAKI-LELAKI INI >>

PENJAGAAN MUKA LELAKI >>

SEKS LELAKI, APA YANG WANITA PERLU TAHU >>

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter8Share on Google+1Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*