Apa yang Lelaki Suka Perhatikan?

Share on Facebook1Tweet about this on Twitter17Share on Google+3Email this to someonePin on Pinterest0

Jangan tidak percaya, anda sebenarnya boleh mencuri hatinya walaupun hanya sekali berjumpa. Kami ada senarai apa yang lelaki suka perhatikan untuk anda menjadi lebih bersedia sebelum keluar dengannya.

Senyuman

Lelaki merasakan senyuman wanita itu merupakan satu daya tarikan yang paling besar kepadanya. Cara anda senyum juga boleh menunjukkan keikhlasan anda kepadanya. Jadi, janganlah senyum kepadanya kerana terpaksa atau dibuat-buat.

PUNCA-PUNCA LELAKI DIJAUHI >>

Rambut

Lelaki sukakan wanita yang wangi rambutnya. Apa yang bermain di fikiran mereka ketika melihat rambut anda ialah, adakah ia lembut, selembut baunya? Tambahan pula sekiranya anda bermain dengan rambut anda ketika berbicara dengannya. Lelaki merasakan ia sangat seksi.

KENALI LELAKI MELALUI TALI LEHERNYA >>

Buah Dada

Ini adalah normal bagi setiap lelaki tulen. Walaupun anda memakai pakaian yang sopan, dia akan curi-curi melihatnya dan membayangkan bentuknya.

KE MANA LELAKI BUJANG SELALU PERGI? >>

Solekan

Betul, mereka sebenarnya memerhatikan warna gincu dan pembayang mata anda. Sekiranya anda mengenakan solekan yang begitu tebal, lelaki akan berfikir apa yang cuba anda sorokkan pada wajah anda.

PERKARA YANG LELAKI TAKUT WANITA TAHU >>

Kulit

Cuba anda keluar dengannya tanpa mekap dan dedahkan kecantikan kulit anda. Si dia semestinya akan cuba memegang wajah anda kerana lelaki memang suka memerhatikan kulit wanita tanpa secalit solekan pun.

Personaliti

Ini adalah aspek yang paling diperhatikan oleh lelaki. Cara anda membawa diri di hadapannya adalah sangat penting. Dia akan memberi perhatian kepada percakapan anda untuk menilai kebijaksanaan anda. Bahasa tubuh anda turut diperhatikan untuk menilai kemanjaan anda. Cara anda makan juga menjadi perhatian untuk menilai kesopanan anda.

Share on Facebook1Tweet about this on Twitter17Share on Google+3Email this to someonePin on Pinterest0

One Response to “Apa yang Lelaki Suka Perhatikan?”

Read below or add a comment...

  1. Natasha says:

    Saya suka cara ini

Komen Anda

*