Apabila Selebriti Berbicara Mengenai Seks

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter8Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Melihat kepada cerita rumahtangga cinta selebriti-selebriti Hollywood, anda pasti tertanya-tanya bagaimana kehidupan seksual mereka sebenarnya? Nampak seperti jauh lebih menarik daripada orang biasa. Anda nilailah sendiri setelah membaca apa yang mereka kongsi mengenai seks di bawah ini.

PENGAJARAN DARIPADA HE’S NOT JUST THAT INTO YOU >>

 Gambar: indiatimes

Angelina Jolie

“Saya merasa begitu seksi melakukan hubungan seks ketika mengandung. Saya berasa seronok kerana menjadi lebih kreatif dan nakal meski sarat mengandung. Ya, nakal tetapi hanya untuk Brad.”

 Gambar: multiculturalbeauty.about.com

Jessica Alba

“Saya tidak fikir wanita yang sukakan seks adalah seorang yang liar. Sebelum saya berkahwin, saya selalu mengamalkan one-night-stand dan apabila bangun dari tidur saya mengharapkan lelaki itu sudah tiada di katil saya.”

SEKS EMPAT KALI SEMINGGU UNTUK AWET MUDA? >>

 Gambar: awesomepeople.com.ua

Megan Fox

“Bagi saya, hubungan seks yang hebat adalah apabila anda melakukannya dengan orang yang anda cintai. Sepanjang hidup saya, saya hanya pernah melakukannya dengan dua lelaki sahaja termasuk suami saya.”

 Gambar: famous-wallpapers.com

Sofia Vergara

“Faktor utama menikmati  hubungan seks hebat adalah apabila anda dan pasangan sama-sama spontan dan menjadi diri sendiri. Lupakan posisi yang memberahikan, ia akan menjadi hebat sekiranya anda berdua saling mencintai.”

KAWAN SI DIA SECANTIK FAZURA? PERLUKAH ANDA CEMBURU? >>

 Gambar: boston.com

Paris Hilton

“Saya rasa lelaki yang berpakaian seragam sangat seksi. Lelaki yang berpakaian seperti seorang polis yang bermata biru dan berperut cantik sememangnya boleh menaikkan nafsu saya.”

 Gambar: hdwallpaperspk.com

Eva Longoria

“Melancong boleh memberahikan saya. Saya melakukan hubungan seks di kesemua 50 negeri. Kebanyakkannya adalah ketika saya merantau pada zaman remaja.”

MENGAPA SEKS KETIKA HAMIL DIGALAKKAN? >>

 Gambar: popcrush.com

Justin Timberlake

“Saya jenis tidak cerewet mengenai seks. Tetapi saya tidak boleh melakukan hubungan seks ketika muzik sedang dimainkan. Saya pasti akan memberikan perhatian kepada muzik tersebut dan bukan kepada wanita yang bersama dengan saya.”

Gambar: thatgrapejuice.net

Mariah Carey

“Walaupun anda lihat saya seorang yang seksi, tetapi saya dan Nick menunggu sehingga kami berkahwin untuk hubungan seks pertama kami. Kami berdua mempunyai pendirian yang sama dan merasakan yang ia akan menjadi lebih bermakna dan istimewa.”

BAGAIMANA KAMAR TIDUR BOLEH PERBAIKI KEHIDUPAN SEKSUAL ANDA? >>

 Gambar: allmusic.com

Scarlet Johansson

“Saya suka melakukan hubungan seks di dalam kereta. Sekiranya saya mahukan sesuatu yang gila dan kinky, kersi kereta belakanglah tempat yang paling sesuai.”

 Gambar: hollywoodrevealed.com

Kristen Steward

“Saya kadangkala tidak faham tentang obsesi seseorang terhadap bau orang yang disayanginya. Saya sukakan bau Robert Pattinson dan dia sukakan bau saya. Dia suka menjilat bawah ketiak saya.”

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter8Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*