Ashton Kutcher Masuk Hospital Kerana Steve Jobs?

Mungkin ramai yang sudah tahu Ashton Kutcher dipilih melakonkan watak Steve Jobs dalam filem terbarunya jOBS yang merupakan biografi pengasas komputer Apple itu. Namun untuk mendapatkan lakonan yang berkesan, Kutcher bukan sahaja mengkaji watak legenda teknologi Apple itu, namun cuba mengamalkan cara hidupnya.

Gambar: TPGNEWS

Steve Jobs mengamalkan diet fruitarian yang diinspirasikan daripada nama syarikatnya. Jadi, untuk lebih memahami watak dan karakter sebenar Steve, Kutcher  mula mengamalkan diet tersebut. Ia membawa padah kepada pelakon itu apabila dia dimasukkan ke hospital dua hari sebelum penggambaran filem jOBS bermula akibat diet buah yang diamalkannya.

Gambar: TPGNEWS

Setelah Kutcher dimasukkan ke hospital, ramai mula mengatakan diet yang diamalkan Steve Jobs merupakan penyebab utama pancreatic tumor yang dialaminya. Namun tiada kajian yang menunjukkan diet buah membawa kepada penyakit pankreas.

MENDARAT ALA BINTANG HOLLYWOOD >>

LELAKI-LELAKI PUJAAN DUNIA >>

BEYONCE PUN MIMING KE? >>

KE NEGARA ORANG DENGAN BERETIKA >>

Komen Anda

*