Baby Shower Mewah Menanti Kim Kardashian

Baru tiga bulan Kim Kardashian mengandung, keluarganya sudah pun merancang baby shower untuknya. Menurut ibunya, Kris Jenner, mereka akan menganjurkan baby shower itu secara besar-besaran di belakang rumah Jenner. Warna tema yang dipilih adalah perak, putih, krim dan kuning cair.

Gambar: TPGNEWS

Kekasih hati Kim yang juga bapa kepada bayi yang dikandungnya, Kanye West, dikhabarkan bakal menerbangkan ahli keluarganya ke majlis tersebut. Kanye baru-baru ini turut menghadiahkan Kim lima gelang emas Cartier yang bernilai $65,000 sebagai lambang cintanya.

Gambar: TPGNEWS

Walau bagaimanapun, Kim sebenarnya mahukan sambutan yang sederhana dan lebih suka jika jemputan yang hadir tidak membawa apa-apa hadiah tetapi menderma kepada Dream Foundation, iaitu yayasan yang merealisasikan permintaan terakhir pesakit kronik, di atas namanya. Mulia sungguh hati Kim kan?

KANAK-KANAK HIV JADI BUAH HATI KIM >>

APA ‘PAINKILLER’ DR HALINA KETIKA BERSALIN? >>

SUSU KURANGKAN PMS? >>

ANGGUN TANPA MENGIRA POTONGAN BADAN >>

Komen Anda

*