Bagaimana Facebook Membantu Anda

Kebanyakkan daripada kita berpendapat, melayari Facebook merupakan aktiviti yang membuang masa sahaja. Tetapi, menurut profesor komunikasi Universiti Kornell, Jeff Hancock, melayari Facebook boleh menjadi aktiviti psikologi yang mampu memberi ketenangan dan menambahkan keyakinan diri seseorang.

SEKS TUJUH KALI SEMINGGU HILANGKAN STRESS? >>

Gambar: pocket-lint.com

CARA UNTUK MENJADI LEBIH BERTENAGA >>

Menurut kajian itu lagi, laman web Facebook mampu membantu anda memuaskan keperluan ego anda yang mana ia menjadi keperluan setiap individu untuk menambahkan keyakinan diri mereka. Bagaimana ia membantu meningkatkan keyakinan diri anda? Facebook membenarkan anda memberi gambaran positif mengenai diri sendiri sekaligus membantu anda menjadi seorang individu yang disayangi masyarakat dan orang yang terdekat dengan anda.

SAY NO TO STRESS >>

Gambar: techglobex.blogspot.com

BAGAIMANA UNTUK MENDAPAT TIDUR YANG CUKUP SETIAP HARI >>

Bagi mereka yang baru putus cinta, mereka akan lebih mudah mendapat ketenangan ketika melihat halaman Facebook sendiri kerana di situ mereka mampu mengenali semula diri mereka yang sebenar. Pelajar yang bakal menduduki perperiksaan turut dikatakan mendapat lebih ketenangan setelah melihat profil mereka sendiri di Facebook. Keputusan daripada kajian tersebut turut mendapati, Facebook bukan sahaja mempunyai kesan positif terhadap psikologi manusia, tetapi juga mampu merapatkan perhubungan di antara penggunanya.

Komen Anda

*