Bagaimana Fesyen Memudaratkan Kesihatan

Jika sebelum ini kami ada menceritakan tentang Sarah Jessica Parker yang rosak kakinya kerana kerap berkasut tumit tinggi, di sini pula kami senaraikan kepada anda bagaimana fesyen mampu memudaratkan kesihatan.
 
fesyen kesihatan

 

Gambar: moneysmart.co.za

 
Seluar Skinny

Semua orang tahu seluar skinny sememangnya ketat daripada pinggang sehingga ke buku lali. Ada yang terlalu ketat sehingga terpaksa dipasang zip di hujung seluar untuk memudahkan anda memakainya. Ramai yang tidak tahu, seluar skinny boleh menyebabkan penyakit Meralgia Paresthetica. Menurut Dr. Beth Aronson dari Greater Baltimore Medical Center, seluar yang ketat mencengkam saraf pada kaki anda yang menyebabkan anda merasa kebas, kesemutan dan kesakitan. Kepada kaum lelaki yang suka memakai seluar skinny, penghasilan sperma mereka akan terganggu kerana bahagian kelangkang yang ketat menyebabkan penghasilan haba yang boleh mengurangkan sperma.

TIP PENJAGAAN KASUT >>

 
Seluar Dalam Pelansingan

Sekiranya sistem penghadaman anda tidak stabil, mungkin ia berpunca daripada korset atau pakaian dalam pelangsingan yang anda gunakan. Menurut Dr. Richard A. Desi, garisan atau besi di dalam korset boleh menyebabkan Gastroesophagael Reflux Disease kerana penghasilan asid perut yang tinggi akibat memakai pakaian dalam pelangsingan yang ketat yang menambahkan tekanan pada abdomen dan perut.

10 ARTIS CANTIK TANPA MEKAP >>

 
Subang Besar dan Berat

Siapa yang tidak terpikat dengan subang besar yang  boleh menyempurnakan gaya anda? Tetapi apa yang anda tidak tahu, subang yang terlalu besar dan berat boleh memutuskan cuping telinga anda! Menurut Dr Joel Schlessinger, sedangkan tarikan graviti biasa mampu membesarkan lubang di cuping telinga anda, apatah lagi sekiranya anda mengenakan subang yang berat dan besar. Dia turut mencadangkan subang yang berklip digunakan untuk memelihara telinga anda.

KAKI ARTIS ROSAK KERANA PAKAI HEELS MURAH? >>

 
Seluar Dalam Renda

Seperti kasut bertumit tinggi, seluar dalam renda boleh menimbulkan masalah sekiranya digunakan setiap hari. Menurut pakar sakit puan, fabrik sintetik yang tajam menyebabkan gatal-gatal dan kerengsaan yang meningkatkan risiko jangkitan yis pada kemaluan.
 

Komen Anda

*